User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

95
Menggunakan Kamera dengan Komputer
5. Hidupkan kamera.
Lampu belakang kamera akan berwarna hijau atau ambar pada masa ini. Dalam
mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam kamera
(atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad memori)
sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi OS Mac yang anda
gunakan.
Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
Pengecasan terus berjalan walaupun kamera dihidupkan.
6. Dwiklik ikon pemacu kamera.
7. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya.
8. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
9. Pada kamera, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera.
Selepas memeriksa untuk memastikan lampu belakang tidak menyala
atau merah menyala, tanggalkan kabel USB.
. Untuk melihat imej yang disalin
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 99.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).