User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
94
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Hidupkan kamera. Kemudian, tekan [SET] dan kemudian paparkan
menu RKM (halaman 54) atau menu MAIN (halaman 70).
2. Pada tab “Sediakan”, pilih “USB” dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Storan Massa” dan kemudian
tekan [SET].
4. Matikan kamera dan
kemudian gunakan
kabel USB yang
disertakan bersama
kamera untuk
menyambungnya ke
Macintosh anda.
• Menyambungkan kamera
pada komputer
menggunakan kabel USB
memulakan pengecasan
bateri kamera
(halaman 17).
• Pastikan anda masukkan
penyambung kabel ke
dalam port USB/AV
sehingga anda rasa ia
klik dengan selamat di
tempatnya. Kegagalan
memasukkan
penyambung sepenuhnya boleh menyebabkan komunikasi yang lemah atau
kerosakan.
• Perhatikan bahawa walaupun penyambung dimasukkan
sepenuhnya, anda masih boleh melihat bahagian logam
penyambung seperti yang ditunjuk dalam gambar.
• Apabila menyambungkan kabel USB ke port USB,
pastikan anda menjajarkan penyambung dengan betul
pada port.
• Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera
jika anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa
bersambung terus dengan port USB komputer.
Port USB
Kabel USB
(disertakan bersama kamera)
Penyambung besar
Penyambung
kecil
Dengan memastikan bahawa tanda pada
penyambung kabel USB mengadap ke sisi kanta,
sambungkan kabel pada kamera.
Port
[USB/AV]