User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
92
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Pindah Data
• Hanya fail imej dengan sambungan berikut boleh dipindahkan ke kamera.
jpg, jpeg, jpe, bmp (imej bmp ditukar ke imej jpeg secara automatik apabila
dipindahkan.)
• Jenis imej tertentu mungkin tak boleh dipindah.
• Anda tidak boleh memindah filem ke kamera.
. Untuk memindah tangkapan skrin komputer ke kamera
1. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 86).
2. Pada komputer anda, klik yang berikut: Start * All Programs *
CASIO * Photo Transport.
Ini memulakan Photo Transport.
3. Papar skrin yang anda mahu pindahkan tangkapan skrinnya.
4. Klik butang [Capture].
5. Lukis sempadan sekeliling kawasan yang anda mahu tangkap.
Alih penuding tetikus anda ke sudut kiri atas bahagian yang anda mahu tangkap
dan kemudian tekan butang tetikus. Dengan butang tetikus masih ditekan, seret
penuding ke bawah ke sudut kanan bawah kawasan dan kemudian lepaskan
butang tetikus.
6. Ikut arahan yang muncul di paparan.
Ini akan menghantar imej kawasan yang anda pilih ke kamera.
• Operasi pemindahan menukar tangkapan skrin ke format JPEG.
• Arahan yang muncul pada paparan dan butiran mengenai imej yang dipindah
bergantung pada Persediaan Photo Transport anda. Untuk butiran, klik butang
[Settings] atau butang [Help] dan semak persediaan.
. Mengenai tetapan dan bantuan
Klik butang [Settings] apabila anda mahu menukar persediaan Photo Transport.
Untuk bantuan mengenai prosedur pengendalian dan pencarisilapan, klik butang
[Help] Photo Transport.