User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

91
Menggunakan Kamera dengan Komputer
7. Bahagian kanan paparan menunjukkan senarai fail filem dalam memori
kamera. Tanda kotak semak di sebelah fail filem yang anda mahu muat
naik.
8. Apabila semua telah sedia, klik butang [Upload].
Ini akan memuat naik fail filem ke YouTube.
Setelah muat naik selesai, klik butang [Exit] untuk keluar dari aplikasi.
Jika anda mahu memindahkan imej dari komputer anda ke kamera, pasang Photo
Transport pada komputer anda.
. Untuk memasang Photo Transport
Muat turun pemasang Photo Transport dari laman sokongan kamera digital CASIO
(http://www.casio-intl.com/support/). Klik dua kali pemasang dan ikut arahan
pemasangan yang muncul pada skrin komputer anda.
Untuk maklumat mengenai syarat-syarat pemasangan dan keperluan minimum
sistem komputer, lihat halaman 120.
. Untuk memindah imej ke kamera
1. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 86).
2. Pada komputer anda, klik yang berikut: Start * All Programs *
CASIO * Photo Transport.
Ini memulakan Photo Transport.
3. Seret fail yang anda mahu pindah ke butang [Transfer].
4. Ikut arahan yang muncul pada paparan untuk melengkapkan
pemindahan.
Butiran mengenai arahan yang muncul pada paparan dan imej yang dipindah
bergantung pada Persediaan Photo Transport anda. Untuk butiran, klik butang
[Settings] atau butang [Help] dan semak persediaan.
Memindah Imej daripada Komputer Anda ke Memori Kamera