User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

90
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Untuk memudahkan muat naik fail filem yang dirakam menggunakan pemandangan
BEST SHOT “Untuk YouTube” ke YouTube, pasang YouTube Uploader for CASIO
pada komputer anda.
. Apakah itu YouTube?
YouTube ialah laman perkongsian filem yang diuruskan oleh YouTube, LLC di mana
anda boleh memuat naik filem dan melihat filem yang dimuat naik oleh orang lain.
. Untuk memasang YouTube Uploader for CASIO
Muat turun pemasang YouTube Uploader for CASIO dari laman sokongan kamera
digital CASIO (http://www.casio-intl.com/support/). Klik dua kali pemasang dan ikut
arahan pemasangan yang muncul pada skrin komputer anda.
Untuk maklumat mengenai syarat-syarat pemasangan dan keperluan minimum
sistem komputer, lihat halaman 120.
. Untuk memuat naik fail filem ke YouTube
Sebelum anda boleh menggunakan YouTube Uploader for CASIO, anda perlu
pergi ke laman web YouTube (http://www.youtube.com/) dan mendaftar sebagai
pengguna di sana.
Jangan memuat naik filem yang berhak cipta (termasuk hak cipta tetangga)
melainkan anda sendiri memiliki hak cipta atau telah mendapat kebenaran
pemegang hak cipta yang berkenaan.
Rakaman filem tunggal dengan pemandangan “Untuk YouTube” boleh mempunyai
saiz fail maksimum 2048 MB atau masa rakaman sehingga 15 minit.
Saiz fail maksimum untuk setiap muat naik ialah 2048 MB.
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih pemandangan “Untuk
YouTube” (halaman 50).
2. Tekan [0] (Filem) untuk merakam filem.
3. Jika komputer anda belum bersambung ke Internet, sambungkannya.
4. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 86).
Ini akan menyebabkan pengecasan bermula (halaman 15).
5. Hidupkan kamera.
YouTube Uploader for CASIO akan mula secara automatik.
Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan aplikasi ini, konfigurasi ID
pengguna YouTube dan tetapan sekitaran rangkaian dan kemudian klik butang
[OK].
6. Bahagian kiri paparan akan mempunyai kawasan untuk memasukkan
tajuk, kategori dan maklumat lain yang diperlukan untuk memuat naik
ke YouTube. Masukkan maklumat yang diperlukan.
Memuat Naik Fail Filem ke YouTube