User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
81
Percetakan
. Format Susunan Cetak Digital (DPOF)
DPOF ialah standard yang membenarkan anda menyertakan maklumat
jenis imej, bilangan salinan dan hidup/mati cap masa pada kad memori
bersama dengan imej. Selepas mengkonfigurasi tetapan, anda boleh
menggunakan kad memori untuk mencetak pada pencetak rumah yang
menyokong DPOF atau membawa kad memori ke perkhidmatan cetak
profesional.
• Sama ada boleh atau tidak anda menggunakan tetapan DPOF untuk percetakan
bergantung pada pencetak yang anda gunakan.
• Sesetengah perkhidmatan cetak profesional mungkin tidak menyokong DPOF.
. Mengkonfigurasi Tetapan DPOF Secara Berasingan untuk Setiap
Imej
[p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [SET] * MENU * Tab MAIN *
Cetakan DPOF * Pilih imej
1. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga imej yang anda mahu
cetak dipaparkan.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan.
Anda boleh menentukan nilai hingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu
mencetak imej.
• Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya
“Hidup” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh.
• Ulangi langkah 1 dan 2 untuk mengkonfigurasi tetapi bagi imej lain, jika anda
mahu.
3. Tekan [SET].
Menggunakan DPOF untuk Menentukan Imej untuk Dicetak
dan Bilangan Salinan