User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
68
Melihat Syot Kilat dan Filem
1. Gunakan kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk
menyambungkannya ke TV.
• Pastikan anda masukkan penyambung kabel ke dalam
port USB/AV sehingga anda rasa ia klik dengan selamat
di tempatnya. Kegagalan memasukkan penyambung
sepenuhnya boleh menyebabkan komunikasi yang
lemah atau kerosakan.
• Perhatikan bahawa walaupun penyambung dimasukkan
sepenuhnya, anda masih boleh melihat bahagian logam penyambung seperti
yang ditunjuk dalam gambar.
2. Pasang TV dan pilih mod input videonya.
Jika TV mempunyai lebih daripada satu input video, pilih input di tempat kamera
disambungkan.
3. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN).
Ini akan menyebabkan imej muncul di skrin TV, tanpa sesuatu pun muncul pada
skrin monitor kamera.
• Anda juga boleh menukar nisbah bidang skrin dan sistem output video
(halaman 108).
4. Kini anda boleh memapar imej dan main semula filem seperti yang
biasa anda lakukan.
• Audio pada awalnya dikeluarkan oleh kamera pada kelantangan maksimum.
Ketika pertama kali anda memaparkan imej, tetapkan kawalan kelantangan TV
pada aras yang agak rendah dan kemudian laraskannya mengikut keperluan.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV
Kuning
Kabel AV
Port [USB/AV]
Putih
Dengan memastikan bahawa tanda pada penyambung kabel AV
mengadap ke sisi kanta, sambungkan kabel pada kamera.
Bicu MASUK VIDEO (kuning)
Bicu MASUK AUDIO (putih)
TV
AudioVideo