User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
64
Tetapan Lanjutan
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab Kualiti * Imbangan Putih
Anda boleh melaras imbangan putih supaya sepadan dengan sumber cahaya yang
ada di tempat anda membuat penggambaran dan mengelak bayang biru yang
terhasil apabila membuat penggambaran di luar semasa mendung dan bayang hijau
yang terhasil apabila membuat penggambaran di bawah cahaya pendarfluor.
• Apabila “Auto” dipilih untuk tetapan imbangan putih, kamera secara automatik
menentukan titik putih subjek. Warna subjek dan keadaan sumber cahaya tertentu
boleh menyebabkan masalah apabila kamera cuba untuk menentukan titik putih,
yang membuatkan pelarasan imbangan putih yang betul menjadi mustahil. Jika ini
berlaku, pilih tetapan keimbangan putih yang sepadan dengan keadaan
penggambaran anda (Siang, Mendung dsb.).
Mengawal Imbangan Putih (Imbangan Putih)
Auto
Mengkonfigurasi kamera untuk melaras keimbangan putih
secara automatik.
(Siang) Untuk penggambaran di luar pada hari yang cerah
(Mendung)
Untuk penggambaran di luar pada hari mendung hujan, di
bawah bayang dsb.
(Bayangan)
Untuk penggambaran pada hari yang cerah di bawah bayang
pokok atau bangunan
(Pendarfluor
Siang Putih)
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor putih
atau siang putih
(Pendarfluor
Siang)
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor
siang
(Tungsten) Untuk penggambaran di bawah pencahayaan mentol lampu
Manual
Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya sesuai
dengan sumber lampu tertentu
1
Pilih “Manual”.
2
Di bawah keadaan pencahayaan yang
anda bercadang gunakan semasa
penggambaran, halakan kamera pada
sekeping kertas putih kosong supaya ia
memenuhi seluruh skrin monitor dan
kemudian tekan butang pengatup.
3
Tekan [SET].
Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun anda mematikan
kamera.
¤
'
“
†
–
«
Kertas putih
kosong