User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

60
Tetapan Lanjutan
Pemekaan ISO, bukaan dan kelajuan pengatup tidak muncul pada skrin monitor
apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh semasa “Auto” dipilih.
Namun nilai ini akan muncul sebentar, dalam pratonton imej yang dipaparkan
sejurus selepas anda merakam syot kilat.
Jika denyar nyala, ikon Antigoncang S akan kekal pada paparan, walaupun
Antigoncang tidak berfungsi semasa fotografi denyar.
Tetapan kepekaan ISO (halaman 65) mestilah “Auto” untuk Antigoncang berfungsi.
Penggambaran dengan Antigoncang boleh menyebabkan imej kelihatan agak
kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan resolusi imej.
Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
Antigoncang dinyahdaya semasa rakaman filem.
[r] (RKM) * [SET] * MENU * Tab RKM * Kws AF
Fokus Auto dinyahdayakan apabila W (Fokus Manual) atau ) (infiniti) dipilih
untuk mod fokus (halaman 56), walaupun jika anda memilih kawasan AF.
Memilih “Ë Penjejakan” boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku kerana
operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Menentukan Kawasan Auto Fokus (Kws AF)
Titik
Mod ini mengambil bacaan kawasan kecil di tengah imej. Tetapan ini
sesuai digunakan bersama kunci fokus (halaman 57).
Multi
Semasa anda menekan butang pengatup sehingga separuh apabila
tetapan ini dipilih, kamera akan memilih kawasan Auto Fokus
optimum daripada sembilan kemungkinan kawasan. Bingkai fokus di
kawasan yang difokus kamera akan dipaparkan dalam warna hijau.
Penjejakan
Menekan butang pengatup sehingga separuh memfokuskan pada
subjek dan menyebabkan bingkai fokus menjejak pergerakan subjek.
Û
È
Ë
Û Titik” atauË Penjejakan”
Bingkai fokus
Bingkai fokus
È Multi”