User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
37
Tutorial Syot Kilat
1. Dalam mod RKM, tekan [2] ( ) sekali.
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih
tetapan denyar yang anda mahu dan
kemudian tekan [SET].
• Tiada penunjuk pada skrin monitor, anda
boleh melihat semua mod denyar dengan
menekan [2] ( ). Anda boleh
menghidupkan atau mematikan paparan
maklumat dengan menekan [8] (DISP)
(halaman 12).
3. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
• Untuk maklumat mengenai Jarak Denyar, lihat halaman 133.
• Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas dengan cahaya denyar,
menghasilkan sedikit asap dan bau yang tidak normal. Sungguhpun ini tidak
menandakan berlaku kerosakan, minyak daripada jari anda dan bahan asing lain
yang tertinggal pada tetingkap denyar boleh menjadi sukar untuk dibersihkan
kemudian. Oleh sebab itu, anda perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk
sentiasa mengelap bersih tetingkap menggunakan kain lembut yang kering.
Menggunakan Denyar (Denyar)
Denyar Auto
Denyar nyala secara automatik mengikut keadaan
pendedahan (jumlah cahaya dan kecerahan).
Denyar Mati Denyar tidak nyala.
Denyar Hidup
Denyar sentiasa nyala. Tetapan ini boleh digunakan untuk
menerangkan subjek yang biasanya kelihatan gelap
disebabkan oleh siang hari atau cahaya latar (denyar
segerak siang).
Kurangkan
Mata Merah
Denyar nyala secara automatik. Jenis denyar ini boleh
digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kemerahan
dalam mata subjek.
Denyar
[2] ( )
>
?
<
¥
Lampu belakang
Berkelip jingga apabila denyar sedang
mengecas untuk menunjukkan rakaman imej
dinyahdaya.
• Anda tidak akan boleh membuat syot kilat
dengan denyar sehingga lampu berhenti
berkelip jingga, yang menyatakan
pengecasan selesai.
< menunjukkan denyar akan
nyala.