User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

28
Asas Mula Pantas
. Untuk menjejak pergerakan subjek yang bergerak
Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk mengikuti dan memfokus secara
automatik subjek yang bergerak. Lihat “Ë Penjejakan” (halaman 60) untuk butiran
lanjut.
Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera.
Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 66.
1. Hidupkan kamera dan tekan
[p] (MAIN) untuk memasuki mod
MAIN.
Ini akan memaparkan satu daripada
syot kilat yang disimpan dalam
memori.
Maklumat mengenai syot kilat yang
dipaparkan turut disertakan
(halaman 11).
Anda juga boleh memadamkan maklumat untuk melihat syot kilat sahaja
(halaman 12).
Anda boleh mengezum imej dengan menolak pengawal zum ke arah z
(halaman 67). Jika anda sedang merakam syot kilat yang penting, anda
disarankan supaya mengezum imej dan periksa butirannya selepas
merakamnya.
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej.
Terus menekan salah satu butang akan menatal pada kelajuan tinggi.
Menekan butang pengatup sehingga separuh semasa dalam mod MAIN atau
semasa skrin menu dipaparkan akan menukar terus ke mod RKM.
Melihat Syot Kilat
[p] (MAIN)
[6]
[6]
[4]
[4]