User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

27
Asas Mula Pantas
3. Tekan butang pengatup
sehingga separuh untuk
memfokuskan imej.
Apabila fokus telah sedia, kamera
akan berbunyi bip, lampu belakang
akan berwarna hijau dan bingkai
fokus akan bertukar hijau.
4. Sambil memastikan kamera tidak bergerak, tekan butang pengatup
sepenuhnya.
Ini akan merakam syot kilat.
. Jika imej tidak berada dalam fokus...
Jika bingkai fokus kekal merah dan lampu belakang berkelip hijau, ia bermakna imej
tidak berada dalam fokus (kerana subjek terlalu dekat dsb.). Halakan semula kamera
pada subjek dan cuba fokus sekali lagi.
. Jika subjek tidak berada di tengah bingkai...
“Kunci fokus” (halaman 57) ialah nama teknik yang anda boleh gunakan apabila anda
mahu menangkap imej apabila subjek yang ingin difokuskan tidak berada dalam
bingkai fokus di tengah skrin.
Apabila anda menekan butang pengatup
sehingga separuh, kamera secara automatik
melaraskan pendedahan dan memfokus pada
subjek yang dihalakan ketika itu. Memahiri
tahap tekanan yang diperlukan untuk tekanan
separuh dan tekanan penuh butang pengatup
adalah teknik penting untuk imej yang baik.
Bingkai fokus dalam syot skrin yang
disertakan di dalam manual ini ditunjukkan
di ß. Ambil perhatian bahawa anda boleh
menukar bentuk bingkai fokus, jika anda
mahu (halaman 58).
Membuat
Penggambaran Filem
Tekan [0] (Filem) untuk
memulakan rakaman
filem. Tekan [0] (Filem)
untuk memberhentikan
rakaman filem. Lihat
halaman 46 untuk butiran.
Lampu belakang Bingkai fokus
Tekan separuh
Tekan
perlahan-lahan
sehingga
butang berhenti.
Bip, bip (Imej difokus.)
Tekan penuh
Tangkap (Imej dirakamkan.)
[0] (Filem)