User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
120
Lampiran
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
• Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam
terus data pada kad memori.
• Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam terus datanya.
• Gunakan fungsi format (halaman 109) untuk memadam terus data daripada
memori terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
Keperluan sistem komputer berbeza mengikut aplikasi. Pastikan anda menyemak
keperluan untuk aplikasi tertentu yang anda mahu gunakan. Sila maklum bahawa
nilai yang disediakan di sini adalah keperluan minimum untuk menjalankan setiap
aplikasi. Keperluan sebenar adalah lebih banyak, bergantung pada jumlah imej dan
saiz imej yang dikendalikan.
0Windows
YouTube Uploader for CASIO
• Memori yang cukup untuk menjalankan sistem pengendalian
• Konfigurasi komputer yang membenarkan main semula filem pada laman YouTube
• Konfigurasi komputer yang membenarkan muat naik filem ke laman YouTube
Photo Transport 1.0
Keperluan Sistem Komputer untuk Perisian (Untuk Windows)
Sistem Pengendalian : Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3)
Sistem Pengendalian : Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3)
Memori : Sekurang-kurangnya 64 MB
Ruang Pemacu Cakera Keras: Sekurang-kurangnya 2 MB