User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))

119
Lampiran
Lihat halaman 21 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara
memuat kad memori.
. Menggunakan Kad Memori
Kad memori SD, kad memori SDHC dan kad memori
SDXC mempunyai suis perlindungan tulis. Gunakan
suis apabila anda perlu melindungi daripada terpadam
data secara tidak sengaja. Perlu diingat bahawa, jika
anda lindung tulis kad memori SD anda perlu membuka
lindung tulis apabila anda mahu merekod, memformat
atau memadam sebarang imej daripadanya.
Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda
boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula
(halaman 109). Namun, anda disarankan supaya sentiasa membawa beberapa
kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau pejabat.
Apabila anda merekod data dan memadam data dalam kad memori beberapa kali,
ia kehilangan keupayaannya untuk menyimpan data. Oleh kerana itu,
pemformatan semula kad memori secara berkala amat disarankan.
Cas elektrostatik, hingar elektrik dan fenomena lain boleh menyebabkan
kerosakan atau kehilangan data. Pastikan anda sentiasa menyimpan data penting
pada media lain (CD-R, CD-RW, cakera keras dsb.).
. Peringatan Pengendalian Kad Memori
Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan. Di
mana mungkin gunakan kad memori Ultra High-Speed Type. Namun ambil
perhatian bahawa bukan semua operasi boleh dijamin walaupun kad memori Ultra
High-Speed Type digunakan. Tetapan kualiti filem tertentu mungkin
mengakibatkan masa yang lama digunakan untuk merakam data, di mana ini boleh
menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio semasa main semula. Jika ini
berlaku, ikon
»
dan
Y
akan berkelip pada skrin monitor.
Menggunakan Kad Memori
Tulis didayakan
Tulis
dinyahdayakan