User manual - EXZS12_M29_FB (Malay (macrolanguage))
111
Lampiran
. Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan
lain
• Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau
semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Keluarkan bateri daripada kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda
daripada kecederaan terbakar.
3. Hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat.
. Air dan Benda Asing
• Air, cecair lain atau benda asing (terutamanya logam) yang termasuk ke dalam
kamera mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan
langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. Perhatian lebih
diperlukan apabila menggunakan kamera semasa hujan atau salji, berhampiran
laut atau jasad air lain, atau di dalam bilik air.
1. Matikan kamera.
2. Keluarkan bateri daripada kamera.
3. Hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat.
. Terjatuh dan Layanan Kasar
• Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau layanan
kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan
langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Keluarkan bateri daripada kamera.
3. Hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat.
. Jauhkan Daripada Api
• Jangan mendedahkan kamera pada api, yang boleh menyebabkannya meletup
dan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
. Penceraian dan Pengubahsuaian
• Jangan cuba menceraikan kamera atau mengubahsuainya dalam sebarang cara.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik, kecederaan terbakar dan
kecederaan diri lain. Pastikan semua pemeriksaan dalaman, penyelenggaraan dan
pembaikan dilakukan oleh penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang
terdekat.