User manual
161
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
7. Pada telefon pintar, ketik “Install”.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk memasang profil yang
diperlukan untuk persediaan LAN wayarles.
• Pada sesetengah model telefon pintar, skrin input kod laluan mungkin muncul.
Jika ini berlaku, masukkan kod laluan telefon pintar anda.
8. Selepas pemasangan profil selesai, ketik “Done” pada telefon pintar.
9. Pada telefon pintar, ketik “Back to App”.
Ini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
• Jika anda menggunakan iPhone (iOS) dan tidak terdapat sambungan LAN
wayarles antara kamera dan telefon pintar, gunakan tetapan Wi-Fi telefon
pintar untuk memilih SSID kamera untuk mewujudkan sambungan LAN antara
kamera dan telefon pintar.
10.
Pada telefon pintar, ketik “OK”.
11.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk melengkapkan
pemindahan.
Operasi Kamera
12.
Tekan [SET].
13.
Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan “Hantaran Auto” dan
kemudian tekan [SET].
• Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan
menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda
disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk
menggunakannya.
• Menanggalkan bateri kamera akan menamatkan sambungan teknologi wayarles
Bluetooth. Bagaimanapun, sambungan akan dilakukan semula apabila anda
memasang bateri ke dalam kamera dan menghidupkan kuasa semula.
Semua
Secara automatik mengirim imej ke telefon pintar setelah
imej disyot.
Sahkan dahulu Mengirim fail imej yang dipilih oleh anda ke telefon pintar.
Mati Hantaran Auto dinyahdayakan.