User manual

157
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kamera anda mempunyai pelbagai mod wayarles yang berbeza. Pilih mod wayarles
yang bersesuaian dengan keperluan tertentu anda.
1. Tekan [W] (Wayarles).
Ini akan memaparkan skrin mod
wayarles.
2. Gunakan [8], [2], [4] dan [6]
untuk memilih mod wayarles
yang anda mahu dan kemudian
tekan [SET].
Untuk keluar daripada mod wayarles [W] (Wayarles).
Menggunakan Mod Wayarles
Hantar ke telefon
Pilih untuk melihat imej yang anda rakam menggunakan kamera pada telefon
pintar (halaman 167).
Berpasangan
Pilih mod ini untuk mewujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth di
antara kamera dan telefon pintar (halaman 160).
Rakam dengan telefon
Pilih mod ini untuk mengawal dari jauh rakaman imej daripada telefon pintar
(halaman 163).
Tetapan wayarles
Pilih mod ini untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles (halaman 168).
[W] (Wayarles)