User manual

109
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Tetapan ini boleh digunakan untuk menetapkan fungsi rakaman yang akan
dilaksanakan apabila butang pengatup hadapan ditekan ketika kamera berada dalam
mod RKM.
Operasi butang pengatup hadapan akan menjadi dinyahdayakan semasa
menangkap dengan beberapa pemandangan BEST SHOT.
Bagi operasi butang pengatup hadapan dalam mod MAIN, lihat halaman 136.
Apabila tetapan “Pengatup Hadapan” adalah sesuatu yang lain daripada “Mati”,
butang pengatup hadapan boleh digunakan untuk merakam syot kilat semasa
rakaman filem sedang berjalan (Syot Kilat Dalam Filem). Bagaimanapun, dalam
hal ini, hanya satu syot kilat boleh dirakamkan. Anda tidak boleh menangkap imej
Pengatup Berterusan (CS) semasa merakam filem.
Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan
(Pengatup Hadapan)
Item menu: Pengatup Hadapan
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Perihalan (Apabila butang pengatup hadapan
ditekan)
Standard
Rakaman biasa menggunakan persediaan kamera
semasa.
Kurang AF
Menekan separuh butang pengatup hadapan
serta-merta merakam syot kilat tanpa melaraskan
fokus, agar terdapat kurang masa susul antara
operasi butang pengatup dan merakam
berbanding terdapatnya suusl semasa
menggunakan butang pengatup atas. Jika anda
mahu memfokus (dengan AF) sebelum
menangkap gambar, tekan separa butang
pengatup atas untuk memfokus. Kemudian, tekan
butang pengatup hadapan untuk menangkap
gambar.
Operasi pengatup hadapan ini boleh digunakan
untuk menangkap syot kilat tunggal sahaja.
Pemasa Selfie
Merakam satu selfie (Pemasa Selfie) atau tiga
(Pemasa Selfie
x 3) selfie pada hujung kiraan.
Panjang kiraan bergantung pada berapa lama
butang pengatup hadapan ditekan (halaman 76).
Pemasa Selfie ×3
CS
Merakam beberapa imej sehingga 10 imej pada
10 fps. Fungsi ini boleh digunakan hanya apabila
mod rakaman adalah Auto Program dan tetapan
item menu “CS” (halaman 60) adalah “Mati”.
Mati Tiada rakaman.