User manual
121
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Lihat halaman 70 untuk butiran.
Pilih “Hidup” untuk mengurangkan hingar angin semasa rakaman filem. Perhatian, ia
juga akan menyebabkan kualiti bunyi berubah.
Semasa Semak Semula diaktifkan, kamera akan memaparkan imej selama satu saat
dengan serta-merta selepas ia dirakam.
• Apabila merakam dengan beberapa fungsi dengan semasa “Jenis 1” dipilih akan
menyebabkan mesej “Sedang sibuk... Sila tunggu...” muncul selepas anda
menekan butang pengatup. Perakaman imej lain dinyahdayakan semasa mesej ini
dipaparkan. Tunggu sebentar sehingga proses yang dijalankan selesai.
• Imej Semakan mungkin tidak muncul apabila merakam dengan sesetengah mod
rakaman.
• Apabila merakam dengan mod atau fungsi berikut, imej Semakan dipaparkan
sebagai “Jenis 2” jika “Jenis 1” dipilih sebagai jenis imej Semakan.
– Kelajuan Tinggi CS, AF CS, Syot Tigaan (BEST SHOT)
– Kumpulan Art Shot (Art Shot)
• Merakam imej “Seni HDR” semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan “Berganda (Seni
HDR)” dan Semak Semula didayakan akan menyebabkan imej “Art Shot” dan imej
normal dipaparkan sebagai imej Semakan.
Menyimpan Imej Normal Kedua Semasa Merakam Dengan Seni
HDR (Berganda (Seni HDR))
Item menu: Berganda (Seni HDR)
Mengurangkan Hingar Angin semasa Merakam Filem
(Pemotongan Hingar Angin)
Item menu: Pemotongan Hingar Angin
Menghidupkan Semak Semula Imej (Semak Semula)
Item menu: Semak Semula
Jenis 1 Memaparkan paparan skrin penuh imej.
Jenis 2, Jenis 3
Memaparkan paparan skrin separa imej. Perbezaan antara
Jenis 2 dengan Jenis 3 ialah cara imej muncul di paparan.
Mati Mematikan paparan imej semakan.