User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
94
Menggunakan BEST SHOT
. Merakam dengan CS Prarakam
Menekan separuh dan menahan butang pengatup menyebabkan penimbal prarakam
terus dikemas kini dengan imej. Apabila butang pengatup ditekan sepenuhnya,
kandungan penimbal akan dirakam bersama-sama sesiri imej masa sebenar.
Gunakan CS Prarakam apabila anda mahu memastikan anda tidak terlepas aksi-aksi
yang bergerak pantas.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “CS Kelajuan Tinggi” (halaman 83).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Kelajuan Tinggi CS fps) dan kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih pengatup berterusan (CS) yang
anda mahu dan kemudian tekan [4].
Gunakan tetapan “Kelajuan Tinggi CS fps” yang lebih tinggi apabila
menangkap subjek yang bergerak laju.
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Syot
CS maksimum) dan kemudian tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan maksimum syot dan
kemudian tekan [4].
7. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Prarakam Syot CS) dan kemudian tekan [SET].
8. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun)
dan kemudian tekan [SET].
Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot
Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak disimpan apabila anda
menekan separuh butang pengatup.
Butang pengatup
ditekan separuh
Imej yang dirakam (sehingga 30 imej)
Imej diprarakam
Butang pengatup
ditekan sepenuhnya
Butang pengatup
dilepaskan
Perakaman berterusan imej sehingga butang
pengatup dilepaskan