User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

98
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Jika anda menjalankan Mac OS X, anda boleh menguruskan tangkapan gambar
menggunakan iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk
Macintosh.
Anda boleh menggunakan QuickTime, yang disertakan tergabung dengan sistem
pengendalian anda, untuk main semula filem pada Macintosh. Untuk main semula
filem, mula-mula salinnya ke Macintosh anda dan kemudian dwiklik fail filem.
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu daripada
sekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh menganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah model
Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Tukar tetapan kualiti imej filem ke “STD”.
Naik taraf ke versi terkini QuickTime.
Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada Macintosh anda, anda
boleh menggunakan kabel AV (EMC-4A atau EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk
bersambung pada terminal input video TV atau Macintosh dan main semula filem
menggunakan cara itu.
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras Macintosh anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Memindah Imej Secara Automatik dan Mengurusnya pada
Macintosh Anda
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Mac OS X 10.3.9 atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan: QuickTime 7 atau lebih tinggi