User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))
81
Percetakan
. Untuk mencetak
1. Hidupkan pencetak dan masukkan kertas.
2. Hidupkan kamera.
Ini akan memaparkan skrin menu cetak.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Saiz
Kertas” dan kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih saiz kertas
dan kemudian tekan [SET].
• Berikut adalah saiz kertas yang tersedia.
3.5"
x
5", 5"
x
7", 4"
x
6", A4, 8.5"
x
11", Oleh Pencetak
• Memilih “Oleh Pencetak” mencetak menggunakan saiz kertas yang dipilih
pada pencetak.
• Lihat dokumen yang disertakan bersama pencetak anda untuk maklumat
mengenai tetapan kertas.
5. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan pilihan cetakan yang anda
mahu.
• Untuk togol pengecapan tarikh hidup dan mati, tekan
[0] (Filem). Cap tarikh akan dicetak bila “Hdp”
ditunjukkan pada skrin monitor.
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetak”
dan kemudian tekan [SET].
Cetakan akan bermula dan mesej “Sedang sibuk... Sila
tunggu...” akan muncul di skrin monitor. Mesej akan hilang selepas seketika,
walaupun percetakan masih dilakukan. Menekan mana-mana butang kamera
akan menyebabkan status percetakan muncul semula. Skrin menu cetak akan
muncul semula selepas percetakan selesai.
• Jika anda memilih “1 Imej”, anda boleh mengulang prosedur daripada langkah
5, jika anda mahu.
7. Selepas percetakan selesai, matikan kamera dan tanggalkan kabel USB
daripada pencetak dan kamera.
1 Imej : Cetak satu imej. Pilih dan kemudian tekan [SET]. Kemudian,
gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej yang anda mahu
cetak.
Percetakan DPOF : Cetak berbilang imej. Pilih dan kemudian tekan [SET].
Dengan pilihan ini, imej akan dicetak mengikut tetapan
DPOF (halaman 82).