User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

74
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN)
1. Dalam mod MAIN, paparkan tangkapan gambar yang anda mahu
putarkan.
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item kedua dari bawah pada Panel
MAIN (Putaran) dan kemudian tekan [SET] (halaman 71).
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan
[SET].
Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri.
5. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda
mahu, tekan [ ] (Padam).
Perhatikan bahawa prosedur ini tidak menukar data imej. Ia cuma mengubah cara
imej dipaparkan pada skrin monitor kamera.
Imej yang telah dilindungi atau dizum tak boleh diputar.
Versi asal (tak diputar) imej akan dipaparkan pada skrin menu imej.
[p] (MAIN) * Skrin Tangkapan Gambar * [SET] * MENU *
Tab MAIN * Mata Merah
Menggunakan denyar untuk menangkap gambar pada waktu malam atau di bilik
yang suram boleh menyebabkan tompok merah di dalam mata orang yang berada
dalam imej. Ini terjadi apabila lampu daripada denyar dipantulkan oleh retina mata.
Pembetulan mata merah membetulkan warna mata subjek ke warna asal apabila
mata merah berlaku semasa menggunakan denyar.
Tangkapan gambar asal disimpan dalam memori dan tidak dipadam.
Pembetulan mata merah mungkin tak boleh dilakukan dalam kes muka atau profil
yang kecil.
Pembetulan mata merah mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini dalam
keadaan tertentu.
Memutar Imej (Putaran)
Menggunakan Pembetulan Mata Merah (Mata Merah)
Betul Hidupkan pembetulan mata merah.
Batal Matikan pembetulan mata merah.