User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

68
Melihat Tangkapan Gambar dan Filem
1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga
imej yang anda mahu dipaparkan.
2. Tolak pengawal zum ke arah z ([) untuk
mengezum.
Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6]
untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor.
Tolak pengawal zum ke arah w untuk nyah zum
imej.
Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan,
grafik di bawah sudut kanan skrin menunjukkan
bahagian mana daripada imej yang dizum
sedang dipaparkan.
Untuk keluar daripada skrin zum, tekan
[ ] (Padam).
Walaupun faktor imej zum maksimum ialah 8X,
saiz imej tertentu mungkin tak membenarkan pengezuman sehingga 8X.
Menekan [SET] akan mengunci faktor zum semasa untuk imej atas skrin. Anda
kemudian boleh menggunakan [4] dan [6] untuk menatal antara imej,
menggunakan faktor zum yang sama. Menekan [SET] sekali lagi akan
membuka kunci faktor zum dan membenarkan anda untuk menggunakan [8],
[2], [4] dan [6] untuk bergerak di sekeliling imej yang sedang dipaparkan.
1. Dalam mod MAIN, tolak pengawal zum ke arah
w (]).
Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan
sempadan pemilihan di sekeliling menu imej.
Untuk melihat imej tertentu, gunakan [8], [2], [4],
atau [6] untuk menggerakkan sempadan pemilihan ke
imej yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
Mengezum Imej Atas skrin
Memaparkan Menu Imej
Kawasan imej
Kawasan paparan terkini
Faktor zum
Sempadan