User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

53
Menggunakan BEST SHOT
4. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih.
Ini mengembalikan ke mod RKM.
Tetapan pemandangan yang telah anda pilih kekal digunakan sehingga anda
memilih pemandangan lain.
Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di
atas daripada langkah 1.
5. Tekan butang pengatup (jika anda merakam tangkapan gambar) atau
[0] (Filem) (jika anda merakam filem).
Pemandangan BEST SHOT YouTube menyediakan kamera untuk rakaman filem
yang dioptimumkan untuk muat naik ke YouTube. Filem yang dirakam dengan
pemandangan YouTube disimpan dalam folder khas untuk memudahkannya
ditemui bagi memuat naik (halaman 102).
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan menggunakan sempadan pada skrin
pemilihan pemandangan, dan kemudian tolak pengawal
zum ke mana-mana arah.
Untuk kembali ke menu pemandangan, tolak pengawal
zum semula.
Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan
[6].
Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang
dipilih, tekan [SET].