User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

49
Merakam Imej Filem dan Audio
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini adalah biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang perkara
berikut apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda dsb.
Hasil rakaman yang bagus tak boleh berlaku apabila kamera
terlalu jauh daripada apa yang ingin anda rakam.
Mengendalikan butang kamera semasa merakam boleh
menyebabkan bunyi butang dirakam dalam audio.
Menangkap gambar subjek yang terang boleh menyebabkan
garis menegak atau bayang merah jambu pada imej skrin monitor. Ini tidak
bermakna berlaku kerosakan.
Semasa menggunakan memori bina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu,
ia mungkin mengambil masa yang lama untuk merekod data, yang boleh
menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio. Keadaan ini ditunjukkan oleh
kelipan » dan Y pada skrin monitor. Untuk mengelakkan kehilangan rangka
filem, penggunaan kad memori dengan kelajuan pindahan maksimum sekurang-
kurangnya 10 MB per saat adalah disarankan (halaman 123).
Hanya zum digital boleh digunakan untuk mengezum semasa rakaman filem. Oleh
kerana zum optik tidak boleh dilakukan semasa merakam filem, zum mengikut
keperluan sebelum menekan [0] (Filem) untuk memulakan rakaman.
Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Oleh sebab itu, penggunaan
tripod adalah disarankan dalam keadaan ini.
Fokus akan ditetapkan semasa rakaman filem sedang berlangsung.
1. Semasa filem sedang dirakam, tekan butang pengatup.
Rakaman filem diteruskan selepas tangkapan gambar dirakam.
Anda boleh menggunakan [2] ( ) semasa merakam filem untuk menukar tetapan
mod denyar.
Rakaman filem disampuk untuk beberapa saat pada ketika tangkapan gambar
dirakam.
Merakam tangkapan gambar semasa merakam filem tidak boleh dilakukan
semasa merakam dengan mana-mana yang berikut.
Beberapa pemandangan BEST SHOT
Mod mudah
Merakam Tangkapan Gambar semasa Merakam Filem
Mikrofon