User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))
27
Asas Mula Pantas
Imej anda tidak akan menjadi jelas jika anda menggerakkan kamera semasa anda
menekan butang pengatup. Semasa menekan butang pengatup, pastikan kamera
dipegang seperti ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah dan kekalkan kedudukannya
dengan menekan lengan anda rapat di sisi badan semasa anda menangkap.
Sambil memastikan kamera tidak bergerak, perlahan-lahan tekan butang pengatup
dan berhati-hati untuk tidak membuat sebarang pergerakan semasa pengatup
dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. Ini adalah penting
terutamanya apabila pencahayaan rendah, yang melambatkan kelajuan pengatup.
• Bagi mengelakkan kamera terlepas dengan tidak
sengaja dan merosakkannya, anda digalakkan
menggunakan penyambung dan tali pilihan
tersedia atau tali kamera yang kukuh yang tersedia
secara komersial.
Pastikan tali berada di sekitar jari dan pergelangan
tangan anda semasa mengendalikan kamera.
• Pastikan jari anda dan tali tidak menutup mana-
mana kawasan yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
• Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
• Sentiasa pastikan jari anda tidak melindungi atau tidak
terlalu hampir dengan denyar. Jari-jemari boleh
menyebabkan bayang yang tidak diingini semasa
menggunakan denyar.
Memegang Kamera Dengan Betul
Melintang Menegak
Pegang kamera supaya denyar
berada di atas kanta.
Denyar
Lampu hadapan
Kanta
Mikrofon
1
2
Pasang tali di sini.