User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))
18
Asas Mula Pantas
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer
Bateri yang dimuatkan di dalam kamera dicas setiap kali kamera disambungkan terus
ke komputer menggunakan kabel USB.
• Bergantung pada persediaan komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas
bateri kamera melalui sambungan USB. Jika ini berlaku, penggunaan penyesuai
USB-AC yang disertakan bersama kamera adalah disarankan.
1. Matikan kamera.
Periksa untuk memastikan skrin monitor kamera
kosong. Jika tidak, tekan [ON/OFF] (Kuasa)
untuk mematikan kamera.
• Jika anda menyambungkan kamera ke komputer semasa kamera hidup buat kali
pertama selepas anda membelinya, komputer akan memasuki operasi
pengecaman kamera. Jika ini terjadi, lakukan prosedur pada halaman 87 atau 95.
Selepas komputer mengenali kamera, matikan kamera.
Skrin monitor
[ON/OFF] (Kuasa)