User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))
122
Lampiran
Lihat halaman 23 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara
memuat kad memori.
Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya.
Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit
daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan
kemudian masukkan yang lain.
• Jangan mengeluarkan kad daripada kamera
semasa lampu belakang berkelip hijau.
Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi
simpan imej gagal dan juga merosakkan kad
memori.
. Menggunakan Kad Memori
• Kad memori SD, kad memori SDHC dan kad memori
SDXC mempunyai suis perlindungan tulis. Gunakan
suis apabila anda perlu melindungi daripada terpadam
data secara tidak sengaja. Perlu diingat bahawa, jika
anda lindung tulis kad memori SD anda perlu membuka
lindung tulis apabila anda mahu merekod, memformat
atau memadam sebarang imej daripadanya.
• Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda
boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula
(halaman 112). Namun, adalah disarankan supaya anda sentiasa membawa
beberapa kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau
pejabat.
• Apabila anda merekod data pada dan memadam data daripada kad memori
beberapa kali, ia kehilangan keupayaannya untuk menyimpan data. Oleh kerana
itu, pemformatan semula kad memori secara berkala adalah disarankan.
• Cas elektrostatik, hingar elektrik dan fenomena lain boleh menyebabkan
kerosakan atau kehilangan data. Pastikan anda sentiasa menyimpan data penting
pada media lain (CD-R, CD-RW, cakera keras dsb.).
Menggunakan Kad Memori
Untuk menggantikan kad memori
Tulis didayakan
Tulis
dinyahdayakan