User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))

119
Lampiran
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini adalah biasa dan
tidak bermakna kerosakan.
. Hak Cipta
Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej
tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran
pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah
kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin
dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda. Tidak kira
sama ada fail tersebut dibeli oleh anda atau didapati secara percuma, menyiarkan
pada laman web, laman perkongsian fail atau mana-mana laman Internet lain atau
sebaliknya mengedar fail kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pemilik hak cipta
adalah dilarang sama sekali oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian
antarabangsa. Sebagai contoh, memuat naik atau mengedar imej Internet program
TV, konsert langsung, video muzik dsb. yang ditangkap atau direkod oleh anda
mungkin melanggar hak orang lain. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER
CO., LTD. tidak bertanggungjawab terhadap penggunaan produk dalam sebarang
cara yang melanggar hak cipta orang lain atau mencabul undang-undang hak cipta.
Perhatikan bahawa cap dagangan
dan cap dagangan berdaftar
®
tidak digunakan
dalam teks manual ini.
Logo SDXC adalah cap dagangan SD-3C, LLC.
Microsoft, Windows, Windows Media, Windows Vista, Windows 7 dan DirectX ialah
cap dagangan berdaftar atau cap dagangan Microsoft Corporation di Amerika
Syarikat dan negara lain.
Macintosh, Mac OS, QuickTime, dan iPhoto ialah cap dagangan Apple Inc.
YouTube dan logo YouTube ialah cap dagang atau cap dagang berdaftar
Google Inc.
EXILIM, Photo Transport dan YouTube Uploader for CASIO ialah cap dagangan
atau cap dagangan berdaftar CASIO COMPUTER CO., LTD.
Semua syarikat atau nama produk lain yang disebut di sini ialah ialah cap
dagangan berdaftar atau cap dagangan syarikat mereka masing-masing.
Terma berikut, yang digunakan dalam manual ini, adalah cap dagangan berdaftar
atau cap dagangan pemilik mereka yang berkenaan.