User manual - EXZ88_M29_FA (Malay (macrolanguage))
100
Menggunakan Kamera dengan Komputer
• Imej yang dirakam dipindah melalui LAN tanpa wayar. Jangan menggunakan kad
Eye-Fi atau mematikan komunikasi kad Eye-Fi (halaman 104) bila berada dalam
kapal terbang atau di sebarang lokasi lain di mana komunikasi tanpa wayar adalah
terhad atau dilarang.
• Memuatkan kad Eye-Fi akan menyebabkan penunjuk Eye-Fi
muncul pada skrin monitor. Keadaan lut sinar atau tidak lut sinarnya
menunjukkan status komunikasi seperti ditunjukkan di bawah.
• Ikon komunikasi akan muncul pada skrin monitor apabila pemindahan data
sedang berjalan.
• Fungsi Mati Kuasa Auto (halaman 109) kamera dinyahdayakan semasa
pemindahan data imej sedang berjalan.
• Mesej pengesahan akan muncul pada skrin monitor jika anda cuba mematikan
kamera semasa pemindahan data imej sedang berjalan. Ikut arahan dalam mesej
(halaman 131).
• Pemindahan imej yang banyak mengambil masa untuk diselesaikan.
• Bergantung pada jenis kad Eye-Fi yang anda gunakan dan tetapannya, imej pada
kad Eye-Fi mungkin dipadam sejurus pemindahan data imej.
• Semasa merakam filem pada kad Eye-Fi, ia mungkin mengambil masa yang lama
untuk merekod data, yang boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio.
• Komunikasi data kad Eye-Fi yang betul mungkin tak boleh dilakukan kerana
tetapan kamera, tahap bateri atau keadaan pengendalian.
• Penggunaan kad Eye-Fi X2 adalah tidak digalakkan.
Lut sinar
Titik capaian tidak boleh ditemui atau
data imej yang boleh dipindah tidak
wujud.
Tidak lut sinar Pindahan imej sedang berjalan.
Berkelip Sedang mencari titik capaian.