Ms Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Membuka bungkusan Semasa anda membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua item di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Kamera digital Bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kabel USB Rujukan Asas * Bentuk palam kord kuasa berbeza-beza mengikut negara atau kawasan geografi.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini dan Rujukan Asas yang disertakan adalah tertakluk pada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah dalam proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Membuka bungkusan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Panduan Umum. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Kandungan Skrin Monitor . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ... ... ... ... 2 3 8 9 ❚ Mengkonfigurasi Tetapan Skrin Monitor . . . . . . . . . . . . . . .
Merakam Audio Sahaja . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Rakaman Suara) . . 50 ❚ Untuk memain semula rakaman audio . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 51 ❚❙ Menggunakan BEST SHOT 52 Apakah itu BEST SHOT? . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 52 ❚ Beberapa Sampel Pemandangan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 52 Untuk menangkap imej dengan BEST SHOT . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Menyalin Fail . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Salin) . . 78 ❚❙ Percetakan 79 Percetakan Tangkapan Gambar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 79 Menyambung Terus pada Pencetak Serasi PictBridge . . . . . . . . . . . . . . . . . 80 Menggunakan DPOF untuk Menentukan Imej untuk Dicetak dan Bilangan Salinan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
❚❙ Lampiran 113 Peringatan semasa Penggunaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 113 Bekalan Kuasa. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 120 ❚ ❚ ❚ ❚ Mengecas . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Untuk menggantikan bateri . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Peringatan Bateri . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman di mana setiap item diterangkan. .
Kandungan Skrin Monitor Skrin monitor menggunakan berbagai penunjuk, ikon dan nilai untuk memastikan anda mengetahui status kamera. • Contoh skrin pada bahagian ini bertujuan menunjukkan anda lokasi semua penunjuk dan rajah yang mungkin muncul pada skrin monitor dalam pelbagai mod. Ia tidak mewakili skrin yang sebenarnya muncul di kamera. .
. Butang Pengatup Ditekan Separuh 1 2 3 4 5 6 1Mod rakaman (halaman 28) 2Denyar (halaman 39) 3Pemekaan ISO (halaman 66) 4Nilai bukaan 5Kelajuan pengatup 6Bingkai fokus (halaman 29, 61) • Jika bukaan semasa, kelajuan pengatup, pemekaan ISO atau Pendedahan Auto tidak betul, tetapan akan berwarna jingga apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh. .
. Rakaman Filem 12 3 4 5 8 7 1Mod rakaman (halaman 48) 2Tetapan keimbangan putih (halaman 65) 3Baki kapasiti memori filem (halaman 48) 4Masa rakaman filem (halaman 48) 5Denyar (halaman 39) 6Keamatan pendedahan (halaman 64) 7Penunjuk tahap bateri (halaman 21) 8Rakaman filem sedang berjalan (halaman 48) 6 .
Mengkonfigurasi Tetapan Skrin Monitor Anda boleh menghidupkan atau mematikan paparan maklumat dengan menekan [8] (PPRN). Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berasingan untuk mod RKM dan mode MAIN. Paparan maklumat hdp Memaparkan maklumat mengenai tetapan imej dsb. (mod RKM sahaja). Paparan maklumat + Tarikh/Masa hdp Selain daripada maklumat mengenai tetapan tangkapan gambar, turut memaparkan maklumat tetapan filem dan skrin tarikh/masa.
Asas Mula Pantas Apakah itu kamera digital? Kamera digital menyimpan imej pada kad memori, maka anda boleh merakam dan memadam imej berulang kali. Rakam Padam Main Anda boleh menggunakan imej yang anda rakam dalam berbagai cara yang berbeza. Simpan imej pada komputer anda. Cetak imej. 13 Lampir imej pada e-mel.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk memudahkan rakaman imej digital, termasuk tiga fungsi utama berikut. Pengecaman Muka Halakan kamera pada seseorang dan ia secara automatik mengecam muka orang itu untuk memberikan potret yang cantik setiap kali. Lihat halaman 42 untuk butiran lanjut.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Untuk memasang bateri 1. Buka penutup bateri. Sambil menekan penutup bateri, tolak penutup mengikut arah yang ditunjukkan oleh anak panah. 1 2 2. Muatkan bateri.
Caskan Bateri Anda boleh menggunakan salah satu daripada dua kaedah di bawah untuk mengecas bateri kamera. • Penyesuai USB-AC • Sambungan USB ke komputer . Untuk mengecaskan dengan penyesuai USB-AC 1. Matikan kamera. Periksa untuk memastikan skrin monitor kamera kosong. Jika tidak, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. [ON/OFF] (Kuasa) 2. Selepas menyambungkan kabel USB yang dibekalkan kepada penyesuai USB-AC, sambungkan kord kuasa ke sumber kuasa rumah.
3. Sambungkan kabel USB kepada kamera. Lampu belakang sepatutnya berwarna merah, menunjukkan bahawa pengecasan telah bermula. Lampu belakang akan mati apabila pengecasan selesai. La mengambil masa kira-kira 120 minit untuk mencapai cas penuh. Pengecasan mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung pada keadaan pengecasan.
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer Bateri yang dimuatkan di dalam kamera dicas setiap kali kamera disambungkan terus ke komputer menggunakan kabel USB. • Bergantung pada persediaan komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas bateri kamera melalui sambungan USB. Jika ini berlaku, penggunaan penyesuai USB-AC yang disertakan bersama kamera adalah disarankan. 1. Matikan kamera. Periksa untuk memastikan skrin monitor kamera kosong.
2. Sambungkan kamera ke komputer yang telah dihidupkan. Lampu belakang sepatutnya berwarna merah, menunjukkan bahawa pengecasan telah bermula. Lampu belakang akan mati apabila pengecasan selesai. La mengambil masa kirakira 140 minit untuk mencapai cas penuh. Pengecasan mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung pada keadaan pengecasan.
• Walaupun anda menghidupkan kamera, bateri akan terus mengecas jika terdapat sambungan USB dengan komputer. Namun dalam kes ini, operasi lampu belakang akan bertukar seperti diterangkan di bawah.
Memeriksa Baki Kuasa Bateri Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan baki kuasa seperti ditunjukkan di bawah. Baki Kuasa Tinggi Penunjuk Bateri Warna Penunjuk Sian Rendah * * * Ambar * * Merah * Merah menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin. Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera. • Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda bertukar antara mod RKM dan mod MAIN.
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda Menghidupkan Kamera Kali pertama anda memuatkan bateri ke dalam kamera, satu skrin akan muncul untuk mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah dirakam bersama imej. • Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di bawah jika anda membeli kamera yang disasarkan untuk pasaran Jepun.
Jika anda melakukan kesalahan mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa dengan prosedur di atas, rujuk halaman berikut untuk maklumat mengenai cara membetulkan tetapan. – Bahasa paparan: Halaman 108 – Tarikh dan masa: Halaman 107 • Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa musim panas, dan oleh itu ia adalah tertakluk pada perubahan.
Untuk memuat kad memori 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. Sambil menekan penutup bateri, tolak penutup mengikut arah yang ditunjukkan oleh anak panah. 2. 1 2 Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian depannya mengadap ke bawah (ke arah sisi lensa kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Belakang Depan 3. Belakang Tutup penutup bateri.
Untuk memformat (mengasal) kad memori baru Anda perlu memformat kad memori baru sebelum menggunakannya buat kali pertama. 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera dan kemudian tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen kedua dari bawah pada Panel Kawalan (MENU) dan kemudian tekan [SET] (halaman 34). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tab “Sediakan”. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Format” dan kemudian tekan [6]. 5.
Menghidup dan Mematikan Camera Untuk menghidupkan kuasa Untuk menghidupkan kuasa dan memasuki mod RKM Tekan [ON/OFF] (Kuasa) atau [r] (RKM). • Lampu belakang akan berwarna hijau seketika dan kanta akan mengunjur keluar dari kamera (halaman 28). Untuk menghidupkan kuasa dan memasuki mod MAIN Tekan [p] (MAIN). • Lampu belakang akan berwarna hijau seketika dan satu imej yang sedang disimpan dalam memori kamera akan muncul pada skrin monitor (halaman 30).
Memegang Kamera Dengan Betul Imej anda tidak akan menjadi jelas jika anda menggerakkan kamera semasa anda menekan butang pengatup. Semasa menekan butang pengatup, pastikan kamera dipegang seperti ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah dan kekalkan kedudukannya dengan menekan lengan anda rapat di sisi badan semasa anda menangkap.
Untuk tangkapan gambar 1. Tekan [r] (RKM) untuk menghidupkan kamera. Kamera akan memasuki mod RKM. Pastikan R berada di paparan. Jika tidak, lihat halaman 52. Ikon mod tangkapan gambar Skrin monitor Butang pengatup [r] (RKM) Baki Kapasiti Memori Tangkapan Gambar (halaman 133) 2. Halakan kamera pada subjek. Anda boleh mengezum imej, jika anda mahu.
3. Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk memfokuskan imej. Lampu belakang Bingkai fokus Apabila fokus telah sedia, kamera akan berbunyi bip, lampu belakang akan berwarna hijau dan bingkai fokus akan bertukar hijau. Tekanan separuh Tekan perlahan-lahan sehingga butang berhenti. Bip, bip (Imej berada dalam fokus.) 4. Apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh, kamera secara automatik melaraskan pendedahan dan memfokus pada subjek yang dihalakan ketika itu.
. Untuk menjejak pergerakan subjek yang bergerak Tekan butang pengatup sehingga separuh untuk mengikuti dan memfokus secara automatik subjek yang bergerak. Lihat “Ë Penjejakan” (halaman 61) untuk butiran lanjut. Melihat Tangkapan Gambar Gunakan prosedur berikut untuk melihat tangkapan gambar pada skrin monitor kamera. • Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 67. 1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN.
Memadam Tangkapan Gambar dan Filem Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej. • Sama ada dalam mod RKM atau mod MAIN, anda boleh memadam fail dengan hanya menekan [ ] (Padam). • Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal. [ ] (Padam) • Memadam tangkapan gambar audio (halaman 77) memadam kedua-dua tangkapan gambar dan fail audio.
Untuk memadam fail tertentu 1. Tekan [ 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Fail” dan kemudian tekan [SET]. ] (Padam). • Ini memaparkan skrin permilihan fail. 3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET]. • Ini akan memilih kotak semak fail yang sedang dipilih. 4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda selesai memilih fail, tekan [ ] (Padam). 5.
Peringatan Tangkapan Gambar Operasi • Jangan membuka penutup bateri semasa lampu belakang berkelip hijau. Perbuatan ini akan menyebabkan imej yang baru anda tangkap disimpan dengan salah, kerosakan pada imej lain yang disimpan dalam memori dan kerosakan kamera, dsb. • Jika cahaya yang tidak diingini memancar terus pada kanta, lindung kanta dengan tangan anda semasa menangkap imej.
Tutorial Tangkapan Gambar Menggunakan Panel Kawalan Panel Kawalan boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kamera. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. Ini akan memilih satu daripada ikon Panel Kawalan dan memaparkan tetapannya. [8] [2] [4] [6] Tetapan yang Tersedia Panel Kawalan [SET] 2. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan yang anda mahu tukar.
• Tiada ikon dipaparkan untuk sebarang opsyen Panel Kawalan (halaman 9) yang telah ditetapkan pada tetapan lalai awalnya (tetap semula). Satu ikon akan muncul hanya jika anda menukar tetapan opsyen Panel Kawalan yang berkenaan. Berikut adalah lalai awal untuk opsyen Panel Kawalan. – Denyar: Auto Denyar – Pemasa kendiri: Mati – Pengecaman Muka: Mati – Pencahayaan: Mati • Anda juga boleh mengkonfigurasi tetapan selain daripada yang disenaraikan di atas (halaman 55). Menukar Saiz Imej (Saiz) .
Petua Memilih Saiz Imej Ambil perhatian bahawa imej besar mempunyai lebih banyak piksel, jadi ia menggunakan lebih banyak ruang memori. Jumlah Piksel yang Banyak Lebih perincian, tetapi menggunakan lebih banyak memori. Paling sesuai apabila anda merancang untuk mencetak cetakan saiz besar (seperti saiz poster). Jumlah Piksel yang Sedikit Kurang perincian, tetapi menggunakan sedikit memori. Paling sesuai apabila anda mahu menghantar imej melalui e-mel dsb.
. Untuk memilih saiz imej tangkapan gambar 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen teratas Panel Kawalan (Saiz Imej Tangkapan Gambar). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih saiz imej dan kemudian tekan [SET]. Saiz Imej (Piksel) Saranan Saiz Cetakan dan Aplikasi 14M (4320x3240) Cetakan Poster 3:2 (4320x2880) Cetakan Poster 16:9 (4320x2432) HDTV 10M (3648x2736) Cetakan A3 6M (2816x2112) Cetakan A4 3M (2048x1536) Cetakan 3.
. Menentukan Kualiti Imej Filem Kualiti imej filem ialah standard yang menentukan perincian, kelicinan dan kejelasan filem semasa main semula. Merakam dengan tetapan kualiti tinggi (WIDE) akan menghasilkan kualiti imej yang lebih baik, tetapi ia juga mengurangkan masa anda merakam. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen kedua teratas Panel Kawalan (Kualiti Imej Filem). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
Menggunakan Denyar (Denyar) 1. Dalam mod RKM, tekan [2] ( 2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan denyar yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. ) sekali. Denyar • Tiada penunjuk pada skrin monitor, anda boleh melihat semua mod denyar dengan [2] ( ) menekan [2] ( ). Anda boleh menghidupkan atau mematikan paparan maklumat dengan menekan [8] (PPRN) (halaman 12). 3. > Auto Denyar Denyar nyala secara automatik mengikut keadaan pendedahan (jumlah cahaya dan kecerahan).
• Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak menutup denyar. • Kesan yang diinginkan mungkin tidak diperoleh apabila subjek berada terlalu jauh atau terlalu dekat. • Masa pengecasan denyar (halaman 136) bergantung pada keadaan pengendalian (keadaan bateri, suhu sekeliling dsb.). • Menangkap gambar dengan denyar dimatikan ketika cahaya malap memperlahankan kelajuan pengatup, yang boleh menyebabkan imej kabur disebabkan oleh pergerakan kamera. Dalam keadaan sebegitu, tetapkan kamera dengan tripod dsb.
Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa Kendiri) Dengan Pemasa Kendiri, menekan butang pengatup memulakan pemasa. Pengatup dilepaskan dan imej ditangkap selepas tempoh masa yang ditetapkan. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen keempat dari atas pada Panel Kawalan (Pemasa Kendiri). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
Menggunakan Pengecaman Muka (Pengecaman Muka) Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen kelima dari atas pada Panel Kawalan (Pengecaman Muka). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih “G Pengecaman Muka: Hdp” dan kemudian tekan [SET]. 4. Halakan kamera pada subjek.
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) Anda boleh menggunakan tetapan ini untuk mengoptimumkan keimbangan antara kawasan cerah dan kawasan gelap apabila menangkap imej. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen keenam dari atas pada Panel Kawalan (Pencahayaan). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Ï Hdp Melakukan pembetulan kecerahan.
. Panel Kawalan Mod mudah Dalam mod mudah, Panel Kawalan memberikan anda capaian kepada empat item tetapan: Saiz imej, Denyar, Pemasa kendiri dan Mod mudah. Terdapat juga opsyen “MENU”, di mana anda boleh memilih untuk memaparkan skrin menu untuk mengkonfigurasi tetapan kualiti imej (halaman 64) dan tab Persediaan (halaman 104). • Dalam mod mudah, tab Kualiti boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan “Kualiti Filem” dan “Pencahayaan” sahaja.
4. Tekan [SET]. Ini akan mengenakan tetapan anda dan memaparkan skrin pemidang tilik Mod mudah, menunjukkan kamera sedia untuk menangkap gambar. Jika anda memilih “MENU” dalam langkah 2, menekan [SET] akan memaparkan menu RKM. Lihat “Tetapan Lanjutan” (halaman 55) untuk butiran mengenai mengkonfigurasi tetapannya. • Menekan [ ] (Padam) akan keluar dari Panel Kawalan.
• Lebih tinggi faktor zum digital, lebih kasar imej yang dirakam. Ambil perhatian bahawa kamera juga mempunyai fungsi yang membenarkan anda merakam menggunakan sum digital tanpa kemerosotan imej (halaman 47). • Penggunaan tripod disarankan untuk mengelak kejadian imej kabur disebabkan pergerakan kamera semasa menangkap gambar menggunakan telefoto. • Melakukan operasi zum menukar bukaan kanta. • Zum digital hanya tersedia semasa rakaman filem.
• Titik kemerosotan imej bergantung pada saiz imej (halaman 35). Lebih kecil saiz imej, lebih tinggi faktor zum yang anda boleh gunakan sebelum mencapai titik kemerosotan imej. • Sungguhpun zum digital biasanya menyebabkan kemerosotan kualiti imej, sesetengah zum digital tanpa kemerosotan imej boleh berlaku untuk imej bersaiz “10M” dan lebih kecil. Jarak di mana anda boleh menggunakan zum digital tanpa kemerosotan imej ditunjukkan pada paparan. Titik kemerosotan bergantung pada saiz imej.
Merakam Imej Filem dan Audio Untuk merakam filem 1. Mengkonfigurasi tetapan kualiti untuk filem (halaman 38). Panjang filem yang boleh anda rakam akan bergantung pada tetapan kualiti yang anda pilih. 2. Dalam mod RKM, halakan kamera pada subjek dan kemudian tekan [0] (Filem). Ini akan memulakan rakaman dan memaparkan Y pada skrin monitor. Rakaman filem menyertakan audio monaural. • Sejurus selepas anda menekan [0] (Filem), kamera akan memfokus secara automatik pada subjek.
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan kamera terasa panas sedikit. Ini adalah biasa dan tidak bermakna kerosakan. • Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila merakam filem. – Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda dsb. – Hasil rakaman yang bagus tak boleh berlaku apabila kamera terlalu jauh daripada apa yang ingin anda rakam.
Merakam Audio Sahaja (Rakaman Suara) Rakaman Suara membenarkan anda merakam audio sahaja, tanpa tangkapan gambar atau filem. • Untuk maklumat mengenai kapasiti Rakaman Suara, lihat halaman 134. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen terbawah Panel Kawalan (BS) dan kemudian tekan [SET] (halaman 34). 3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk memilih pemandangan “Rakaman Suara” dan kemudian tekan [SET]. Ini menyebabkan ` muncul di skrin monitor. 4.
Untuk memain semula rakaman audio 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan fail Rakaman Suara yang ingin anda mainkan. ` dipaparkan sebagai ganti imej untuk fail Rakaman Suara. 2. Tekan [0] (Filem) untuk memulakan main semula. • Anda juga boleh memulakan main semula dengan memilih item kedua teratas Panel MAIN (Mula Main Semua) dan menekan [SET] (halaman 71).
Menggunakan BEST SHOT Apakah itu BEST SHOT? BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik. Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah.
4. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang dipilih. Ini mengembalikan ke mod RKM. • Tetapan pemandangan yang telah anda pilih kekal digunakan sehingga anda memilih pemandangan lain. • Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di atas daripada langkah 1. 5. Tekan butang pengatup (jika anda merakam tangkapan gambar) atau [0] (Filem) (jika anda merakam filem).
. Peringatan BEST SHOT • Beberapa pemandangan BEST SHOT tidak boleh digunakan semasa merakam filem. • Pemandangan Untuk YouTube tidak boleh digunakan semasa merakam tangkapan gambar. • Pemandangan Rakaman Suara tidak boleh digunakan semasa merakam tangkapan gambar atau merakam filem. • Pemandangan tertentu seperti Pemandangan Malam dan Bunga Api akan menyebabkan tetapan kelajuan pengatup perlahan.
Tetapan Lanjutan Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. • Kandungan dan operasi menu mod RKM adalah berbeza daripada yang ada dalam mod MAIN. Bahagian ini menerangkan operasi menggunakan skrin menu RKM. Lihat halaman 71 untuk maklumat mengenai operasi skrin menu MAIN. Menggunakan Menu Atas Skrin . Contoh Operasi Skrin Menu RKM [8] [2] [4] [6] 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2.
• [ ] (Padam) menyediakan cara yang berguna untuk menavigasi sekitar tab dan menu. – Menekan [ ] (Padam) semasa tab dipilih akan memaparkan skrin pemidang tilik. – Menekan [ ] (Padam) semasa item menu atau tetapan dipilih akan “mengundur ke belakang” dalam urutan berikut: Tetapan * Item menu * Tab. . Operasi Menu RKM dalam Manual Ini Operasi menu RKM digunakan dalam manual ini seperti ditunjukkan di bawah.
Tetapan Mod RKM (RKM) Memilih Mod Fokus (Fokus) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab RKM * Fokus Tetapan Q Auto Fokus ´ Makro Jenis Tangkapan Rakaman umum Mod Fokus Tangkapan Gambar Filem Automatik Á Super Dekat Macro Automatik Tangkapan Gambar Filem Kira-kira 15 sm hingga 9 (infiniti) (Sudut Lebar) Automatik Dekat Anggaran Jarak Fokus*1 Titik fokus tetap Kira-kira 5 sm hingga 50 sm (Tiga langkah zum daripada tetapan Sudut Luas) Jarak tetap*2 Kira-kira 5 sm hingga 50 sm ) Infiniti Pemandangan
Untuk memfokus dengan fokus manual 1. Pada skrin monitor, gubah imej supaya subjek yang anda mahu fokuskan berada dalam sempadan kuning. 2. Melihat imej pada skrin monitor menggunakan [4] dan [6] untuk melaras fokus. • Pada masa ini imej yang berada dalam sempadan akan membesar dan memenuhi skrin monitor, yang membantu pemfokusan. Jika anda tidak melakukan apa-apa operasi untuk dua saat semasa imej yang membesar itu dipaparkan, skrin dalam langkah 1 akan muncul semula.
2. Dengan butang pengatup masih ditekan separuh (yang mengekalkan tetapan fokus), alih kamera untuk menggubah imej. 3. Apabila anda telah bersedia untuk menangkap imej, tekan butang pengatup sepenuhnya. • Kunci fokus juga mengunci pendedahan (AE). Menukar Bentuk Bingkai Fokus (Bingkai Fokus) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab RKM * Bingkai Fokus Anda boleh menggunakan prosedur ini untuk memilih daripada lima bentuk berbeza, termasuk bentuk hati, bagi bingkai fokus.
Menggunakan Pengatup Berterusan (CS) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab RKM * CS Apabila Pengatup Berterusan dihidupkan, imej dirakam berterusan sehingga memori penuh, selagi anda menekan butang pengatup. Melepaskan butang pengatup memberhentikan rakaman. • Dengan pengatup berterusan, pendedahan dan fokus untuk imej pertama ditetapkan untuk imej seterusnya juga. • Pengatup berterusan tidak boleh digunakan bersama salah satu daripada berikut.
• Pemekaan ISO, bukaan dan kelajuan pengatup tidak muncul pada skrin monitor apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh semasa “Auto” dipilih. Namun nilai ini akan muncul sebentar, dalam pratonton imej yang dipaparkan sejurus selepas anda merakam tangkapan gambar. • Jika denyar nyala, ikon Anti Goncang S akan kekal pada paparan, walaupun Anti Goncang tidak berfungsi semasa fotografi denyar. • Tetapan pemekaan ISO (halaman 66) mestilah “Auto” untuk Anti Goncang berfungsi.
Menetapkan Fungsi pada Kekunci [4] dan [6] (Kekunci Kiri/Knn) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab RKM * Kekunci Kiri/Knn Anda boleh menetapkan satu daripada empat fungsi yang disenaraikan di bawah pada kekunci [4] dan [6]. Tetapan [4]/[6] operasi utama Anjakan EV Melaras nilai anjakan EV (halaman 64). Keimbangan Putih Tukar tetapan keimbangan putih (halaman 65). ISO Tukar tetapan Pemekaan ISO (halaman 66). Pemasa kendiri Menetapkan masa pemasa kendiri (halaman 41).
Mengkonfigurasi Tetapan Lalai Hidupkan Kuasa (Memori) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab RKM * Memori Apabila anda mematikan kamera, ia mengingati penetapan semasa bagi semua item memori yang didayakan dan mengenakannya semula apabila anda menghidupkannya semula. Sebarang item memori yang dinyahdayakan akan dikembalikan ke tetapan lalai awal apabila anda mematikan kamera.
Tetapan Kualiti Imej (Kualiti) Menetapkan Kualiti Imej Tangkapan Gambar (Kualiti (Tangkapan Gambar)) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab Kualiti * T Kualiti (Tangkapan Gambar) Halus Beri keutamaan pada kualiti imej. Normal Normal • Tetapan “Halus” membantu menonjolkan perincian apabila merakam imej alam semula jadi dipenuhi butiran terperinci termasuklah dahan atau dedaun pokok yang rimbun atau imej corak kompleks.
Mengawal Keimbangan Putih (Keimbangan Putih) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab Kualiti * Keimbangan Putih Anda boleh melaras keimbangan putih supaya sepadan dengan sumber cahaya yang ada di tempat anda membuat penggambaran dan mengelak bayang biru yang terhasil apabila membuat penggambaran di luar semasa mendung dan bayang hijau yang terhasil apabila membuat penggambaran di bawah cahaya pendarfluor. Auto Mengkonfigurasi kamera untuk melaras keimbangan putih secara automatik.
Menentukan Pemekaan ISO (ISO) [r] (RKM) * [SET] * MENU *Tab Kualiti * ISO Pemekaan ISO ialah ukuran pemekaan pada cahaya. Auto Laras pemekaan secara automatik mengikut keadaan. ISO 64 Pemekaan lebih rendah Kelajuan pengatup perlahan Kurang hingar Kelajuan pengatup pantas (Ditetapkan untuk menangkap gambar dalam kawasan bercahaya malap.
Melihat Tangkapan Gambar dan Filem Melihat Tangkapan Gambar Lihat halaman 30 untuk prosedur bagi melihat tangkapan gambar. Melihat Filem 1. Tekan [p] (MAIN) dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan filem yang anda mahu lihat. 2. Tekan [0] (Filem) untuk memulakan main semula. Ikon filem: » Masa rakaman Kualiti imej Kawalan Main Semula Filem Mara laju/undur laju [4] [6] • Setiap tekanan salah satu butang meningkatkan kelajuan operasi mara laju atau undur laju.
Mengezum Imej Atas skrin 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda mahu dipaparkan. 2. Tolak pengawal zum ke arah z ([) untuk mengezum. Faktor zum Kawasan imej Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Tolak pengawal zum ke arah w untuk nyah zum imej. – Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan, grafik di bawah sudut kanan skrin menunjukkan bahagian mana daripada imej yang dizum sedang dipaparkan.
Melihat Tangkapan Gambar dan Filem pada Skrin TV 1. Gunakan kabel AV (EMC-4A atau EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk menyambungkannya ke TV. Kuning TV Kabel AV Putih Video Audio Bicu MASUK AUDIO (putih) Port [USB/AV] Bicu MASUK VIDEO (kuning) Dengan memastikan bahawa tanda pada penyambung kabel AV mengadap ke sisi skrin monitor, sambungkan kabel pada kamera. • Pastikan anda masukkan penyambung kabel ke dalam port USB/AV sehingga anda rasa ia klik dengan selamat di tempatnya.
• Sebelum menyambung ke TV untuk memaparkan imej, pastikan untuk mengkonfigurasi butang [r] (RKM) dan [p] (MAIN) kamera untuk “Kuasa Hdp” atau “Kuasa Hdp/Mati” (halaman 109). • Audio pada awalnya dikeluarkan oleh kamera pada kelantangan maksimum. Ketika pertama kali anda memaparkan imej, tetapkan kawalan kelantangan TV pada aras yang agak rendah dan kemudian laraskannya mengikut keperluan. • Audio ialah monoaural. • TV tertentu mungkin memotong sebahagian daripada imej.
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN) Bahagian ini menerangkan item menu yang boleh anda gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan lain-lain operasi main semula. Menggunakan Panel MAIN Menekan [SET] dalam mod MAIN akan memaparkan Panel MAIN. . Contoh Operasi Panel MAIN 1. Dalam mod MAIN, tekan [SET]. Panel MAIN akan muncul di sepanjang sisi kanan skrin monitor. 2. 3. [8] [2] Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item Panel MAIN yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
à Ketetapan Memaparkan menu MAIN. Anda boleh melakukan operasi berikut pada menu MAIN. Tab 1Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tab di mana item menu yang anda mahu konfigurasi berada. 2Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item menu yang anda mahu dan kemudian tekan [6]. 3Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan item menu yang Item menu yang dipilih dipilih. 4Tekan [SET] untuk mengenakan tetapan. • Menekan [ ] (Padam) melakukan salah satu daripada operasi berikut.
Memainkan Pertunjukan Slaid di Kamera (Prtnjkn Slaid) 1. Dalam mod MAIN, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item ketiga dari bawah pada Panel MAIN (Prtnjkn Slaid) dan kemudian tekan [SET] (halaman 71). Mula Mulakan pertunjukan slaid. Masa Masa dari mula hingga tamat pertunjukan slaid 1 hingga 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 60 minit Selang Tempoh masa setiap imej dipaparkan Gunakan [4] dan [6] untuk memilih nilai daripada 1 hingga 30 saat atau “MAKS”.
Memutar Imej (Putaran) 1. Dalam mod MAIN, paparkan tangkapan gambar yang anda mahu putarkan. 2. Tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item kedua dari bawah pada Panel MAIN (Putaran) dan kemudian tekan [SET] (halaman 71). 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan [SET]. Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri. 5. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda mahu, tekan [ ] (Padam).
Memilih Imej untuk Percetakan (Percetakan DPOF) [p] (MAIN) * Skrin Tangkapan Gambar * [SET] * MENU * Tab MAIN * Percetakan DPOF Lihat halaman 82 untuk butiran. Melindung Fail Daripada Pemadaman (Lindungi) [p] (MAIN) * [SET] * MENU * Tab MAIN * Lindungi Hdp Lindung fail tertentu. 1 Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga fail yang anda mahu lindungi dipaparkan. 2 Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hdp” dan kemudian tekan [SET]. Imej yang dilindungi ditunjukkan oleh ikon ›.
Mengubah saiz Tangkapan Gambar (Ubah Saiz) [p] (MAIN) * Skrin Tangkapan Gambar * [SET] * MENU * Tab MAIN * Ubah Saiz Anda boleh mengurangkan saiz tangkapan gambar dan menyimpan hasilnya sebagai tangkapan gambar berasingan. Tangkapan gambar asal juga disimpan. Anda boleh memilih ubah saiz imej ke satu daripada tiga saiz imej: 10M, 6M, VGA. • Mengubah saiz tangkapan gambar 3:2 atau 16:9 akan menghasilkan imej dengan nisbah bidang 4:3, dengan kedua belah dipotong.
Menambah Audio pada Tangkapan Gambar (Alih Suara) [p] (MAIN) * Skrin Tangkapan Gambar * [SET] * MENU * Tab MAIN * Alih Suara Anda boleh menambah audio pada tangkapan gambar selepas anda menangkapnya. Anda boleh merekod semula audio tangkapan gambar bila-bila masa anda mahu. Anda boleh merekod audio selama 30 saat untuk satu tangkapan gambar. 1. 2. Tekan [SET] untuk memulakan rakaman suara. Baki masa rakaman Tekan [SET] sekali lagi untuk memberhentikan rakaman suara.
Kawalan Main Semula Rakaman Suara Mara laju/undur laju [4] [6] Main/pegun [SET] Pelarasan kelantangan Tekan [2] dan kemudian tekan [8] [2]. Papar pertukaran kandungan [8] (PPRN) Berhenti main semula [0] (Filem) • Audio bagi Tangkapan Gambar Audio juga boleh dimainkan semula pada komputer dengan Windows Media Player atau QuickTime.
Percetakan Percetakan Tangkapan Gambar Perkhidmatan Cetak Profesional Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah Percetakan Imej pada Pencetak dengan Slot Kad Memori Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
Menyambung Terus pada Pencetak Serasi PictBridge Anda boleh menyambungkan kamera terus pada pencetak yang menyokong PictBridge dan mencetak imej tanpa menggunakan komputer. . Untuk menyediakan kamera sebelum bersambung dengan pencetak 1. Hidupkan kamera. Kemudian, tekan [SET] dan kemudian paparkan menu RKM (halaman 55) atau menu MAIN (halaman 71). 2. Pada tab “Sediakan”, pilih “USB” dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “PTP(PictBridge)” dan kemudian tekan [SET]. .
. Untuk mencetak 1. Hidupkan pencetak dan masukkan kertas. 2. Hidupkan kamera. Ini akan memaparkan skrin menu cetak. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Saiz Kertas” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih saiz kertas dan kemudian tekan [SET]. • Berikut adalah saiz kertas yang tersedia. 3.5"x5", 5"x7", 4"x6", A4, 8.5"x11", Oleh Pencetak • Memilih “Oleh Pencetak” mencetak menggunakan saiz kertas yang dipilih pada pencetak.
Menggunakan DPOF untuk Menentukan Imej untuk Dicetak dan Bilangan Salinan . Format Susunan Cetak Digital (DPOF) DPOF ialah standard yang membenarkan anda menyertakan maklumat jenis imej, bilangan salinan dan hidup/mati cap masa pada kad memori bersama dengan imej. Selepas mengkonfigurasi tetapan, anda boleh menggunakan kad memori untuk mencetak pada pencetak rumah yang menyokong DPOF atau membawa kad memori ke perkhidmatan cetak profesional.
. Mengkonfigurasi Tetapan DPOF yang Sama untuk Semua Imej [p] (MAIN) * Skrin Tangkapan Gambar * [SET] * MENU * Tab MAIN * Percetakan DPOF * Semua imej 1. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan. Anda boleh menentukan nilai hingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu mencetak imej. • Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya “Hdp” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh. 2. Tekan [SET]. Tetapan DPOF tidak dibersihkan secara automatik selepas percetakan selesai.
. Pengecapan Tarikh Anda boleh menggunakan satu daripada tiga kaedah berikut untuk menyertakan tarikh rakaman pada cetakan imej. Mengkonfigurasi tetapan kamera Mengkonfigurasi tetapan DPOF (halaman 82). Anda boleh menghidupkan dan mematikan pengecapan tarikh setiap kali anda mencetak. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan supaya sesetengah imej menyertakan cap tarikh sementara yang lain tidak. Konfigurasi tetapan Cap Masa Kamera (halaman 107).
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 87, 95). • Memindah imej ke komputer secara automatik melalui LAN tanpa wayar untuk melihat (Eye-Fi) (halaman 99).
Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows Pasang perisian yang diperlukan menurut versi Windows yang anda gunakan dan apa yang anda mahu lakukan. Apabila anda mahu Versi Sistem melakukan ini: Pengendalian Pasang perisian ini: Lihat halaman: Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ secara manual Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3) Pemasangan tidak diperlukan. 87 Mainkan filem Windows 7, Windows Vista, Windows XP (SP3) Pemasangan tidak diperlukan.
. Keperluan Sistem Komputer untuk Perisian Keperluan sistem komputer adalah berbeza untuk setiap aplikasi. Maklumat mengenai keperluan sistem komputer boleh didapati di bawah “Keperluan Sistem Komputer untuk Perisian (Bagi Windows)” pada halaman 123 manual ini. . Peringatan untuk Pengguna Windows • Perisian memerlukan hak istimewa Pentadbir untuk dijalankan. • Operasi pada komputer yang dibuat sendiri tidak disokong. • Operasi mungkin tidak dapat dilakukan di bawah keadaan komputer tertentu.
4. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke komputer anda. Port USB Kabel USB (disertakan bersama kamera) Penyambung besar • Menyambungkan kamera pada komputer Port [USB/AV] menggunakan kabel USB memulakan pengecasan bateri kamera (halaman 18).
8. Klik kanan folder “DCIM”. 9. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”. 10. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian “Documents”. Pengguna Windows XP: Klik “Start” dan kemudian “My Documents”. • Jika anda telah mempunyai folder “DCIM” dalam “Documents” (Windows 7, Windows Vista) atau “My Documents” (Windows XP), langkah seterusnya akan menulis gantinya.
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya. Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera, yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik.
. Peringatan Main Semula Filem • Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb. • Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut. – Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”. – Cuba menaik taraf Windows Media Player ke versi terkini.
. Untuk memuat naik fail filem ke YouTube • Sebelum anda boleh menggunakan YouTube Uploader for CASIO, anda perlu pergi ke laman web YouTube (http://www.youtube.com/) dan mendaftar sebagai pengguna di sana. • Jangan memuat naik filem yang berhak cipta (termasuk hak cipta tetangga) melainkan anda sendiri memiliki hak cipta atau telah mendapat kebenaran pemegang hak cipta yang berkenaan.
Memindah Imej daripada Komputer Anda ke Memori Kamera Jika anda mahu memindahkan imej dari komputer anda ke kamera, pasang Photo Transport pada komputer anda. . Untuk memasang Photo Transport Muat turun pemasang Photo Transport dari laman sokongan kamera digital CASIO (http://www.casio-intl.com/support/). Klik dua kali pemasang dan ikut arahan pemasangan yang muncul pada skrin komputer anda. • Untuk maklumat mengenai syarat-syarat pemasangan dan keperluan minimum sistem komputer, lihat halaman 123. .
. Untuk memindah tangkapan skrin komputer ke kamera 1. Sambungkan kamera pada komputer anda (halaman 87). 2. Pada komputer anda, klik yang berikut: Start * All Programs * CASIO * Photo Transport. Ini memulakan Photo Transport. 3. Papar skrin yang anda mahu pindahkan tangkapan skrinnya. 4. Klik butang [Capture]. 5. Lukis sempadan sekeliling kawasan yang anda mahu tangkap. Alih penuding tetikus anda ke sudut kiri atas bahagian yang anda mahu tangkap dan kemudian tekan butang tetikus.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Pasang perisian yang diperlukan menurut versi OS Macintosh yang anda gunakan dan apa yang anda mahu lakukan. Apabila anda mahu Versi Sistem Pasang perisian ini: melakukan ini: Pengendalian Lihat halaman: Menyimpan imej pada Macintosh anda OS X dan melihatnya di situ secara manual Pemasangan tidak diperlukan. 95 Simpan imej pada Macintosh anda secara automatik/ Urus imej OS X Gunakan iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk Macintosh.
4. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke Macintosh anda. Port USB Kabel USB (disertakan bersama kamera) Penyambung besar • Menyambungkan kamera pada komputer Port [USB/AV] menggunakan kabel USB memulakan pengecasan bateri kamera (halaman 18).
8. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke “Trash”. 9. Pada kamera, tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Setelah memastikan lampu belakang hijau terpadam, tanggalkan kamera daripada komputer. . Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Memindah Imej Secara Automatik dan Mengurusnya pada Macintosh Anda Jika anda menjalankan Mac OS X, anda boleh menguruskan tangkapan gambar menggunakan iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk Macintosh. Memainkan Filem Anda boleh menggunakan QuickTime, yang disertakan tergabung dengan sistem pengendalian anda, untuk main semula filem pada Macintosh. Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke Macintosh anda dan kemudian dwiklik fail filem. .
Pendaftaran Pengguna Hanya pendaftaran Internet sahaja yang disokong. Layari laman web CASIO yang berikut untuk mendaftar: http://world.casio.com/qv/register/ Menggunakan Kad Memori SD Tanpa Wayar Eye-Fi untuk Memindah Imej (Eye-Fi) Penggambaran dengan kad memori SD tanpa wayar Eye-Fi dimuatkan dalam kamera membolehkan data imej dipindah secara automatik ke komputer melalui LAN tanpa wayar. 1.
• Imej yang dirakam dipindah melalui LAN tanpa wayar. Jangan menggunakan kad Eye-Fi atau mematikan komunikasi kad Eye-Fi (halaman 104) bila berada dalam kapal terbang atau di sebarang lokasi lain di mana komunikasi tanpa wayar adalah terhad atau dilarang. • Memuatkan kad Eye-Fi akan menyebabkan penunjuk Eye-Fi muncul pada skrin monitor. Keadaan lut sinar atau tidak lut sinarnya menunjukkan status komunikasi seperti ditunjukkan di bawah.
Fail dan Folder Kamera mencipta fail dan menyimpannya setiap kali anda menangkap gambar, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 102).
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej komplian DCF. Namun, harap maklum bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej komplian DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej komplian DCF kamera menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej komplian DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya. .
. Fail Imej yang Disokong • Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini • Fail imej komplian DCF Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF. Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini. . Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad Memori • Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin folder DCIM dan semua kandungannya.
Tetapan Lain (Sediakan) Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM dan mod MAIN. Lihat yang berikut untuk maklumat lanjut. – Menu RKM (halaman 55) – Menu MAIN (halaman 71) Mematikan Komunikasi Kad Eye-Fi (Eye-Fi) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Eye - Fi Pilih “Mati” untuk menyahdaya komunikasi kad Eye-Fi (halaman 99).
Mengkonfigurasi Imej Permulaan (Permulaan) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Permulaan Papar imej yang anda mahu guna sebagai imej permulaan anda dan kemudian pilih “Hdp”. • Imej permulaan tidak muncul apabila anda menghidupkan kamera dengan menekan [p] (MAIN). • Anda boleh menentukan tangkapan gambar yang anda rakam sebagai imej permulaan atau anda boleh menggunakan imej permulaan khas yang disediakan dalam memori terbina dalam kamera.
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Waktu Dunia Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb. Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh dunia. 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Dunia” dan kemudian tekan [6]. • Untuk menukar kawasan geografi dan bandar bagi waktu di mana anda biasanya menggunakan kamera, pilih “Rumah”.
Pengecapan Masa Tangkapan Gambar (Cap Msa) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Cap Msa Anda boleh mengkonfigurasi kamera untuk mengecap tarikh rakaman sahaja atau tarikh dan masa di sudut kanan bawah setiap tangkapan gambar. • Setelah maklumat tarikh dan masa dicap pada tangkapan gambar, ia tidak boleh disunting atau dipadam. Contoh: Julai, 10, 2012, 1:25 p.m.
Menentukan Gaya Tarikh (Gaya Tarikh) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Gaya Tarikh Anda boleh memilih daripada tiga gaya berbeza untuk tarikh. Contoh: Julai, 10, 2012 TT/BB/HH 12/7/10 HH/BB/TT 10/7/12 BB/HH/TT 7/10/12 Menentukan Bahasa Paparan (Language) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Language . Tentukan bahasa paparan yang anda mahu. 1 Pilih tab di bahagian kanan. 2 Pilih “Language”. 3 Pilih bahasa yang anda mahu.
Mengkonfigurasi Tetapan Keadaan Tidur (Tidur) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Tidur Ciri ini mematikan skrin monitor apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk tempoh masa yang telah dipraset. Tekan mana-mana butang untuk menghidupkan kembali skrin monitor. Tetapan Masa Pemicu: 30 saat, 1 min, 2 min, Mati (Tidur dinyahdaya apabila “Mati” dipilih.) • Tidur dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Mengkonfigurasi Tetapan [r] dan [p] (RKM/MAIN) [SET] * MENU * Tab Sediakan * RKM/MAIN Kuasa Hdp Kamera dihidupkan apabila [r] (RKM) atau [p] (MAIN) ditekan. Kuasa Hdp/Mati Kamera dihidupkan atau dimatikan apabila [r] (RKM) atau [p] (MAIN) ditekan. Nyahdaya Kamera tidak dihidupkan atau dimatikan apabila [r] (RKM) atau [p] (MAIN) ditekan. • Dengan “Kuasa Hdp/Mati”, kamera mati apabila anda menekan [r] (RKM) dalam mod RKM atau [p] (MAIN) dalam mod MAIN.
Mengkonfigurasi Tetapan Protokol USB (USB) [SET] * MENU * Tab Sediakan * USB Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk memilih protokol komunikasi USB, yang akan digunakan semasa menukar data dengan komputer, pencetak dan peranti luaran lain. Pilih tetapan ini apabila bersambung dengan komputer (halaman 87, 95). Dengan tetapan ini, komputer melihat kamera Smpn Massa sebagai peranti simpanan luaran. Gunakan tetapan ini untuk pindahan biasa imej daripada kamera ke komputer.
Memformat Memori Terbina Dlm atau Kad Memori (Format) [SET] * MENU * Tab Sediakan * Format Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori. Ia akan memformat memori terbina dalam jika tiada kad memori dimuatkan. • Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
Lampiran Peringatan semasa Penggunaan . Elakkan Penggunaan Semasa Bergerak • Jangan menggunakan kamera untuk merakam atau memain kembali imej semasa memandu atau semasa berjalan. Melihat monitor semasa sedang bergerak mewujudkan risiko kemalangan serius. . Melihat Matahari atau Cahaya Terang Secara Terus • Jangan melihat matahari atau sebarang cahaya terang melalui pemidang tilik kamera. Ia boleh merosakkan penglihatan anda. .
. Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu daripada simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Keluarkan bateri daripada kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar. 3. Hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat. .
. Lokasi Yang Perlu Dielakkan • Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
• Jika anda menyedari kebocoran, bau pelik, penjanaan haba, pengubahan warna, perubahan bentuk atau sebarang keadaan luar biasa lain semasa mengguna, mengecas atau menyimpan bateri, segera keluarkannya daripada kamera dan jauhkannya daripada nyalaan api. • Jangan gunakan atau tinggalkan bateri di bawah cahaya matahari, dalam kenderaan yang diletakkan di bawah matahari atau di mana-mana kawasan lain yang terdedah pada suhu yang tinggi.
. Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Menjaga kamera anda • Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda. Kesan jari, kotoran dan benda asing lain pada kanta atau tetingkap denyar boleh menganggu pengendalian kamera yang betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan kain lembut yang kering. • Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering. .
. Peringatan Lain Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini adalah biasa dan tidak bermakna kerosakan. . Hak Cipta Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda.
Mana-mana dan semua penyalinan, pengedaran, dan pemindahan tanpa kebenaran bagi tujuan komersial perisian yang disediakan oleh CASIO untuk produk ini adalah dilarang. Kefungsian muat naik YouTube produk ini disertakan di bawah lesen daripada YouTube, LLC. Kewujudan kefungsian muat naik YouTube dalam produk ini bukanlah satu pengendorsan atau perakuan bagi produk oleh YouTube, LLC. Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah...
Peringatan Bateri . Peringatan semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan di mana suhu adalah dalam julat 5°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama daripada biasa ataupun gagal. • Jangan mengoyak atau menanggal label luar bateri.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 23 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. Untuk menggantikan kad memori Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan kemudian masukkan yang lain. • Jangan mengeluarkan kad daripada kamera semasa lampu belakang berkelip hijau. Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi simpan imej gagal dan juga merosakkan kad memori. .
. Peringatan Pengendalian Kad Memori Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan. Terutamanya, anda mungkin mengalami masalah menyimpan filem berkualiti tinggi (WIDE dan STD). Semasa menggunakan memori bina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk merekod data, yang boleh menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio. Keadaan ini ditunjukkan oleh kelipan » dan Y pada skrin monitor.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai asal pada menu yang muncul dalam mod RKM dan mod MAIN apabila anda mengeset semula kamera (halaman 112). • Sempang (–) menunjukkan item di mana tetapannya tidak diset semula atau item di mana tiada tetapan set semula. .
Tab “Sediakan” Eye - Fi Hdp Gaya Tarikh – Language – Tidur 1 min Bunyi Permulaan: Bunyi 1 / Pengatup Separa: Bunyi 1 / Pengatup: Bunyi 1 / Operasi: Bunyi 1 / = Operasi: ...//// / = Main: ...//// Mati Kuasa Auto 2 min RKM/MAIN Kuasa Hdp Ü Dinyahaktifkan Mati USB Smpn Massa Video Keluar – Format – Ttp Semula – Ubah Saiz – Memotong – Alih Suara – Salin – Permulaan Mati No. Fail Teruskan Waktu Dunia – Cap Msa Mati Laras – .
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 15). 2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 15). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh cas semula CASIO NP-80 yang tersedia secara berasingan. Kamera terpadam secara tiba-tiba.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Subjek tidak tepat fokusnya dalam imej yang dirakam. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai fokus. Denyar tidak nyala. 1)Jika ? (Denyar Mati) dipilih sebagai mod denyar, tukar ke mod lain (halaman 39). 2)Jika bateri mati, caskannya (halaman 15).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej yang direkod tidak disimpan. 1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri secepat mungkin (halaman 21). 2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad memori sebelum operasi simpan selesai.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Main semula Warna imej main semula berbeza daripada apa yang kelihatan di skrin monitor semasa penggambaran. Cahaya matahari atau cahaya daripada sumber lain mungkin memancar terus ke dalam kanta semasa anda sedang menangkap gambar. Letakkan kamera supaya cahaya matahari tidak memancar terus ke dalam kanta. Imej tidak dipaparkan. Kamera ini tak boleh memaparkan imej bukan DCF yang dirakam pada kad memori menggunakan kamera digital lain.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Skrin pilihan 1)Anda tidak mengkonfigurasi tetapan awal selepas membeli bahasa muncul bila kamera atau mungkin bateri dalam kamera telah mati. kamera Periksa persediaan kamera (halaman 22, 108). dihidupkan. 2)Mungkin terdapat masalah dengan data memori kamera. Jika ini adalah kesnya, lakukan operasi set semula untuk mengasal persediaan kamera (halaman 112). Setelah itu, konfigurasi setiap tetapan.
Mesej Paparan ALERT Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya semula. Paras bateri rendah. Kuasa bateri rendah. RALAT kad Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera, keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman 112).
Ralat Percetakan Ralat berlaku semasa mencetak. • Pencetak dimatikan. • Pencetak menjana ralat dsb. Ralat Rakaman Pemampatan imej tak dapat dilakukan kerana sesuatu sebab semasa simpanan data imej. Tangkap imej semula. CUBA SEMULA HDPKN KUASA Kanta bertemu halangan semasa bergerak. Kamera akan mati secara automatik apabila mesej ini muncul. Alih halangan dan hidupkan kuasa semula. SYSTEM ERROR Sistem kamera anda tercemar. Hubungi peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO. Kad dikunci.
Bilangan Tangkapan Gambar/Masa Rakaman Filem/ Masa Rakaman Suara Tangkapan Gambar Saiz Imej (Piksel) 14M (4320x3240) 3:2 (4320x2880) 16:9 (4320x2432) 10M (3648x2736) 6M (2816x2112) 3M (2048x1536) VGA (640x480) Anggaran Saiz Fail Imej Kapasiti Rkmn Tangkapan Gambar Memori Terbina Dlm (Kira-kira 14.2 MB*1) Kapasiti Rkmn Tangkapan Gambar Kad Memori SD (1 GB*2) 4.86 MB 2 198 Normal 3.24 MB 4 298 Halus 4.29 MB 3 225 Normal 2.87 MB 4 336 Kualiti Imej Halus Halus 3.57 MB 3 270 Normal 2.
Filem Kualiti Imej (Piksel) Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) Kapasiti Rkmn Filem Memori Terbina Dlm (Kira-kira 14.2 MB*1) Kapasiti Rkmn Filem Kad Memori SD (1 GB*2) Saiz Fail Filem 1-minit WIDE 848x480 12.5 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 7 saat 10 minit 7 saat 93.1 MB STD 640x480 10.6 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 8 saat 11 minit 42 saat 79.0 MB Rkmn Suara Format Fail Saiz Fail Maksimum Saiz Fail Kapasiti Rkmn Suara Memori Terbina Dlm (Kira-kira 14.
Spesifikasi Format Fail Tangkapan Gambar: JPEG (Exif Versi 2.3); standard DCF 2.0; komplian DPOF Filem: Gerakan JPEG AVI, audio IMA-ADPCM (monaural) Audio (Rakaman Suara): WAV (monaural) Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 14.
Kelajuan Pengatup Tangkapan Gambar (Auto): 1/2 hingga 1/2000 saat Tangkapan Gambar (Pemandangan Malan): 4 hingga 1/2000 saat * Mungkin berbeza mengikut ttpn kamera. Nilai Bukaan F2.8 (W) hingga F7.9 (W) (Bila digunakan dgn penapis ND) * Menggunakan zum optik menukar nilai bukaan.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 700 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 31.4 (W) x 39.5 (H) x 5.9 (D) mm Berat Kira-kira 19 g . Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kuasa Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Kuasa Output 5.
CASIO COMPUTER CO.,LTD. 6-2, Hon-machi 1-chome Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Japan M29 MA1109-A © 2011 CASIO COMPUTER CO.,LTD.