User Manual

94
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar. Anda juga boleh lakukan zum, pemasa kendiri, dan
operasi lain secara jauh.
. Sambungan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Lakukan salah satu operasi di bawah.
Matikan kamera.
Paparkan skrin mod wayarles.
Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Connect.
3. Pada telefon pintar, ketik “Remote Capture”.
4. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan “Rakam dengan telefon”,
rujuk manual EXILIM Connect (halaman 89).
Untuk syot kilat, PRO Auto Premium secara automatik dipilih sebagai mod
rakaman semasa merakam dengan Tangkapan Jauh.
. Tidak dapat Sambung dengan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Sentuh ikon ” (Sambungan Wayarles).
2. Sentuh “Rakam dengan telefon”.
3. Sentuh “Mula”.
Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara telefon pintar dan kamera,
terus ke langkah 5 prosedur ini.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, pilih SSID yang dipaparkan pada
kamera dan wujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
5. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Connect.
6. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan “Rakam dengan telefon”,
rujuk manual EXILIM Connect (halaman 89).
Untuk syot kilat, PRO Auto Premium secara automatik dipilih sebagai mod
rakaman semasa merakam dengan Tangkapan Jauh.
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh
Kamera (Rakam dengan telefon)