User Manual
89
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
. Tentang EXILIM Connect
Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Connect, rujuk ke Panduan Pengguna
EXILIM Connect (yang boleh anda muat turun di laman web di bawah).
http://www.exilim.com/manual/
• Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Connect, anda
perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda
tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
• Ambil perhatian bahawa Panduan Pengguna EXILIM Connect mungkin tidak
tersedia dalam semua bahasa. Jika anda tidak menemui Panduan Pengguna
EXILIM Connect di dalam bahasa ibunda anda, sila gunakan versi dalam bahasa
lain.
Kamera anda mempunyai pelbagai mod wayarles yang
berbeza. Pilih mod wayarles yang bersesuaian dengan
keperluan tertentu anda.
1. Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon “ ” (Sambungan Wayarles).
Ini akan memaparkan skrin mod wayarles.
3. Sentuh mod sambungan wayarles yang anda
mahu.
Menggunakan Mod Wayarles
Hantar ke telefon
Pilih untuk melihat imej yang anda rakam menggunakan kamera pada telefon
pintar (halaman 95, 96).
Berpasangan
Pilih mod ini untuk mewujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth di
antara kamera dan telefon pintar (halaman 92).
Rakam dengan telefon
Pilih mod ini untuk mengawal dari jauh rakaman imej daripada telefon pintar
(halaman 94).
Tetapan wayarles
Pilih mod ini untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles (halaman 97).
“” (Wayarles)










