User Manual
76
Melihat Syot kilat dan Filem
Dengan fungsi ini, anda boleh memilih lima syot kilat dan menggabungkannya ke
dalam filem 6-saat, 10-saat atau 15-saat bersama kesan dan muzik.
1. Dalam mod MAIN, sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh “ ” (Filem Promosi).
3. Seret atas atau bawah untuk memaparkan syot kilat yang anda mahu
gunakan dalam Filem Promosi anda.
4. Sentuh syot kilat yang anda mahu gunakan sebagai imej pertama.
5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk memilih maksimum lima syot kilat.
• Syot kilat akan muncul dalam Filem Promosi mengikut urutan yang sama
ketika anda memilihnya.
• Jika anda menyentuh semula syot kilat yang telah dipilih, pilihan akan
dibatalkan.
6. Sentuh “OK”.
7. Sentuh “Panjang”, “Peralihan”, dan “Muzik”, dan konfigurasikan
tetapan untuk setiap item jika perlu.
8. Sentuh “Cipta”.
Ini mencipta Filem Promosi mengikut tetapan yang anda konfigurasikan.
Membuat Filem Promosi (Filem Promosi)
Panjang Pilih 15-saat, 10-saat atau 6-saat.
Peralihan
Dayakan atau nyahdayakan kesan peralihan. Memilih “Hidup”
(didayakan) menggunakan kesan peralihan apabila bertukar
daripada satu imej kepada imej lain.
Muzik
Pilih muzik latar yang anda mahu gunakan. Memilih “Mati”
menghasilkan filem tanpa muzik.










