User Manual

57
Menggunakan BEST SHOT
Kelompok Mekap (Mekap BKT) membolehkan anda merakam tiga versi imej yang
sama dengan menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan Tona Kulit
yang berbeza. Ini membantu anda mendapatkan kesan tona kulit yang anda mahu,
walaupun anda tidak betul-betul tahu tetapan apa yang boleh digunakan.
1. Pilih pemandangan “Mekap BKT” (halaman 55).
2. Sentuh “ ” (Mekap).
3. Sentuh nilai “Tona Kulit”, “Kulit Licin” tukar ke paras yang diingini.
4. Sentuh “OK”.
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Ini akan merakam dan menyimpan tiga versi imej yang sama dengan pelbagai
tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam langkah 3, di
atas.
Selepas merakam imej dengan “Mekap BKT”, anda tidak boleh merakam imej lain
sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai.
Hanya dua versi imej akan ditangkap dan disimpan jika anda merakam dengan
Mekap BKT apabila “+6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
“Jenis 1” tidak boleh dipilih untuk tetapan “Semak Semula” semasa merakam
dengan fungsi ini. Jika “Jenis 1” dipilih dalam mod lain, memilih pemandangan
“Syot Tigaan” akan menyebabkan tetapan “Semak Semula” bertukar kepada
“Jenis 2”.
Pemasa kendiri tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Merakam Tiga Versi Imej dengan Tetapan Tona Kulit Berbeza
(Mekap BKT)
Tona Kulit “Perang +6” kepada “0 (Mati)” kepada “Cerah +6”
Kulit Licin “0 (Mati)” kepada “+12 (Maks.)”