User Manual
47
Merakam Imej
. Faktor Zum
• Titik kemerosotan imej bergantung pada saiz imej (halaman 66). Lebih kecil saiz
imej, lebih tinggi faktor zum yang anda boleh gunakan sebelum mencapai titik
kemerosotan imej.
Semasa kamera dikonfigurasikan supaya skrin monitor dan
lensa menghadap arah yang sama, anda boleh menggunakan
pemasa potret diri khas (Pemasa Selfie) untuk merakam potret
diri semasa menyediakan imej pada skrin.
• Apabila menggunakan pemasa selfie untuk merakam potret
diri, pilih satu daripada mod rakaman berikut.
–Auto
– PRO Auto Premium
– Mekap
– Mekap BKT
– Seni Selfie
1. Putar panel skrin monitor supaya skrin menghadap
arah yang sama dengan lensa (halaman 14).
2. Pilih satu daripada mod rakaman di atas.
3. Seret “ ” (Pemasa Selfie) ke bawah untuk
menetapkan tempoh kiraan pemasa selfie.
Kamera akan merakam imej apabila kiraan mencecah
sifar.
• Anda boleh menetapkan tempoh kiraan pemasa
selfie dalam julat dua hingga sepuluh saat. Lebih jauh
anda seret, lebih lama tempohnya.
• Untuk membatalkan kiraan berlangsung, sentuh di
mana-mana sahaja pada skrin kecuali di tempat ikon
pemasa selfie dipaparkan atau tekan butang
pengatup.
Saiz Imej
Tidak merosot
Had Zum
Maksimum
Faktor Zum
12 M 1.5X 4.0X
3 M 2.9X 7.8X
Merakam Potret Diri (Pemasa selfie)
Skrin monitor
Lensa
“ ” (Pemasa Selfie)










