User Manual
35
Asas Mula Pantas
. Merakam dengan PRO Auto Premium
• Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan (halaman 62). Hanya item menu yang tetapannya boleh
dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan.
• Selain kelajuan pengatup dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan
operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO Auto Premium.
– Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda menekan butang pengatup
sehingga separuh.
– Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di
situ.
– Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
• Apabila merakam dengan PRO Auto Premium, mesej “Memproses Auto Premium.”
mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa kamera mengambil masa terlalu
lama untuk memproses data, cuba merakam dengan Auto standard pula.
• Dalam sesetengah kes, PRO Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir
persekitaran rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.
•Jika “Š” dipaparkan, kamera akan merakam sesiri imej CS dan
menggabungkannya menjadi satu imej akhir. Berhati-hati supaya tiada sebarang
pergerakan kamera dan subjek sehingga rakaman semua imej CS selesai.
Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera.
• Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 72.
1. Sentuh “ ” (MAIN) untuk memasuki mod MAIN.
Ini akan memaparkan satu daripada syot kilat yang
disimpan dalam memori.
• Jika “Jenis 2” dipilih untuk tetapan “Semak Semula”
(halaman 71), sentuh imej Semak pada skrin monitor.
• Anda boleh memaparkan dan memadamkan maklumat
mengenai syot kilat yang dipaparkan seperti yang
diperlukan (halaman 111).
• Untuk zum masuk pada imej yang dipaparkan, ketik
skrin monitor dua kali berturut-turut (halaman 75).
Jika anda sedang merakam syot kilat yang penting,
anda disarankan supaya mengezum imej dan periksa butirannya selepas
merakamnya.
Melihat Syot Kilat
“” (MAIN)










