User Manual
12
Asas Mula Pantas
Asas Mula Pantas
Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk
memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda
Merakam potret yang lebih cantik
Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan
tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan
wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang
untuk potret yang lebih cantik.
Rakaman potret diri mudah
Skrin monitor boleh diputar supaya ia menghadap
arah yang sama dengan lensa kamera.
Ini memudahkan rakaman diri.
Pad Selfie
Pad selfie kamera membolehkan pengendalian
menggunakan satu tangan. Setiap satu pengendalian
untuk Mod RKM dan Mod MAIN boleh ditetapkan pada
pad selfie.
Mod RKM: Seni Selfie, lepas pengatup, zum.
Mod MAIN: menatal skrin, zum.
Seni Selfie
Berikan kesan yang berbeza untuk menjadikan
rakaman potret diri dengan pad selfie nampak lebih
baik dan lebih menarik.
*Lihat halaman 41 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 47 untuk maklumat lanjut.
Pad selfie
*Lihat halaman 19 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 63 untuk maklumat lanjut.










