User Manual

107
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Matikan kamera dan kemudian
gunakan kabel USB mikro
yang disertakan bersama
kamera untuk
menyambungnya ke
Macintosh anda.
Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera dan
langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat halaman
24.
2. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
operasi kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman
25). Dalam mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat
dalam kamera (atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan
dengan kad memori) sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada
versi OS Mac yang anda gunakan.
Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
Lampu operasi kamera akan menyala hijau pada masa ini. Dalam mod ini,
Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam kamera (atau memori
terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad memori) sebagai
pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi OS Mac yang anda gunakan.
4. Seret folder “DCIM” ke folder yang anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Putuskan sambungan kamera daripada komputer.
Pada kamera, tekan [p] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Selepas memeriksa
untuk memastikan lampu operasi tidak menyala atau menyala merah, tanggalkan
kabel USB.
USB
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
Port [USB]