User manual

82
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Guna prosedur di bawah untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera
dengan telefon pintar buat kali pertama. Operasi ini diperlukan untuk sambungan
pertama sahaja.
1. Pada kamera anda, masuk ke mod RKM dan kemudian sentuh
” (Tunjukkan Ikon).
2. Pada kamera anda, sentuh ikon “ ” (Tangkapan
Jauh).
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon pintar
dan kamera akan memaparkan skrin untuk input SSID
dan kata laluan.
3. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan kata
laluan dan SSID kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” muncul pada
skrin monitor kamera, ini bermakna telefon pintar
membuat sambungan wayarles dengan kamera.
Untuk memutuskan sambungan wayarles, sentuh
“Batal”.
Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang datang dengan telefon pintar anda.
Mengkonfigurasi Tetapan LAN Wayarles
SSID
Kata laluan