User manual

67
Melihat Syot kilat dan Filem
Menu imej menunjukkan beberapa imej pada skrin tunggal.
1. Dalam mod MAIN, sentuh “]” atau rapatkan jari
anda di atas skrin.
Ini memaparkan menu imej.
Seret ke atas atau ke bawah untuk menatal ke halaman
imej seterusnya.
Untuk melihat mod paparan biasa (imej tunggal), sentuh
imej yang anda hendak lihat.
Dalam kes filem, imej pertama dalam filem akan
dipaparkan.
Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas
sebab tertentu.
Anda juga boleh lakukan operasi di bawah menggunakan menu imej. Sentuh
ikon fungsi yang anda mahu gunakan, sentuh satu imej, dan kemudian sentuh
“OK”.
Hantar imej ke telefon pintar
Padam imej
Lindungi imej
Syot kilat boleh dizum pada skrin monitor sehingga 8X.
Faktor zum tersedia yang sebenar bergantung pada saiz imej asal.
1. Dalam mod MAIN, seret kiri atau kanan untuk memaparkan imej yang
anda ingin lihat.
2. Jauhkan ibu jari dan jari telunjuk (halaman 17) pada imej yang
dipaparkan untuk membesarkannya.
Menyeret imej skrin yang dibesarkan akan mengubah bahagian imej yang
dipaparkan.
Dekatkan ibu jari dan jari telunjuk (halaman 17) pada imej yang dipaparkan
untuk mengecilkannya.
Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan, grafik pada skrin monitor
menunjukkan bahagian mana daripada imej yang dizum sedang dipaparkan.
Memaparkan Menu Imej
Mengezum Imej Atas skrin