User manual

52
Menggunakan BEST SHOT
Dengan Pengatup Gerakan, kamera secara automatik
memulakan kiraan pemasa kendiri apabila ia mengesan
pergerakan subjek dalam ikon yang anda nyatakan pada skrin
monitor. Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa
kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya anda
masuk dalam imej yang dirakam.
1. Pilih pemandangan “ ” (Pengatup Gerakan)
(halaman 50).
2. Seret ikon pemasa kendiri mula ” dan ikon pratonton “ ” ke
lokasi dalam imej yang anda mahu pergerakan dikesan.
Pastikan dua ikon ini jauh dari satu sama lain. Apabila anda menggerakkan
ikon ke lokasi yang menindih ikon lain, ikon lain akan bergerak jauh secara
automatik.
3. Apabila semua sedia, tekan butang pengatup sepenuhnya.
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
4. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon pemasa kendiri mula yang anda posisikan dalam
langkah 3.
Apabila kamera mengesan pergerakan subjek dalam ikon, ia secara automatik
memulakan kiraan pemasa kendiri. Kamera akan merakam imej apabila kiraan
mencecah sifar, dan kemudian kembali dalam mod tunggu sedia Pengatup
Gerakan untuk menunggu permulaan pergerakan seterusnya.
Masa mula pemasa kendiri Pengatup Gerakan ditetapkan pada dua saat.
Ikon pratonton “ ” akan muncul pada skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan dalam ikon pratonton, ia akan memaparkan
imej yang dirakam selama tiga saat.
Pengatup Gerakan keluar dari mod tunggu sedia secara automatik selepas ia
merakam enam imej.
Untuk membatalkan mod tunggu sedia Pengatup Gerakan pada bila-bila masa,
tekan butang pengatup atau sentuh skrin monitor.
Pengatup Pergerakan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat
perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek
jauh dari kamera.
Menggunakan Pengatup Gerakan untuk Memulakan Operasi
Pemasa Kendiri (Pengatup Gerakan)