User manual
128
Lampiran
LAN Wayarles
Saya tidak dapat
membuat
sambungan LAN
wayarles.
Sambungan LAN
wayarles terputus.
1)Kamera tidak dapat menyambung ke telefon pintar jika
terlalu jauh antara satu sama lain.
2)Telefon pintar mungkin disambung dengan LAN wayarles
lain. Periksa tetapan Wi-Fi telefon pintar dan sahkan bahawa
kamera dipilih untuk sambungan LAN wayarles (halaman
82).
3)Sambungan mungkin terputus kerana gangguan yang
disebabkan oleh ketuhar gelombang mikro, telefon tanpa
wayar, atau peranti LAN wayarles lain. Jauhkan kamera dari
peranti yang menyebabkan masalah.
Lain-lain
Tarikh dan masa
yang salah
dipaparkan, atau
tarikh dan masa
yang salah
disimpan bersama
data imej.
Tetapan tarikh dan masa adalah salah. Tetapkan tarikh dan
masa yang betul (halaman 104).
Mesej yang
dipaparkan adalah
dalam bahasa yang
salah.
Bahasa paparan yang salah telah dipilih. Tukar tetapan
bahasa paparan (halaman 105).
Imej tidak boleh
dipindah melalui
sambungan USB.
1)Kabel USB mungkin tidak disambungkan dengan betul.
Periksa semua sambungan.
2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya.
3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika
anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung
terus dengan port USB komputer.
Skrin pilihan bahasa
muncul bila kamera
dihidupkan.
1)Anda tidak mengkonfigurasi tetapan awal selepas membeli
kamera atau mungkin bateri dalam kamera telah mati.
Periksa persediaan kamera (halaman 24, 104).
2)Mungkin terdapat masalah dengan data memori kamera.
Jika ini adalah kesnya, lakukan operasi set semula untuk
mengasal persediaan kamera (halaman 107). Setelah itu,
konfigurasi setiap tetapan. Jika skrin pilihan bahasa tidak
muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, ia
bermakna data pengurusan memori kamera telah dipulihkan.
Jika mesej yang sama muncul selepas anda menghidupkan
kuasa, hubungi peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah
CASIO.
Terdapat pelbagai
penunjuk dan nilai
pada skrin monitor.
Skrin monitor menunjukkan penunjuk dan maklumat lain
tentang keadaan tangkapan dan imej yang anda sedang
rakam. Anda boleh nyahdayakan paparan petunjuk dan nilai
dengan memilih “Mati” untuk “Maklumat” pada menu
Persediaan.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan