User manual - EXTR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
117
Lampiran
Imej tidak tepat
fokus semasa
rakaman filem.
1)Pemfokusan mungkin tidak boleh dilakukan kerana subjek
berada di luar jarak fokus. Tangkap gambar dalam jarak
yang dibenarkan.
2)Kanta mungkin kotor. Bersihkan kanta (halaman 108).
3)Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi, fokus ditetapkan
di posisi semasa rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan
imej, tekan separa butang pengatup untuk Fokus Auto
sebelum anda sentuh “b” (Filem) untuk mula merakam.
Main semula
Warna imej main
semula berbeza
daripada apa yang
kelihatan di skrin
monitor semasa
penggambaran.
Cahaya matahari atau cahaya daripada sumber lain mungkin
memancar terus ke dalam kanta semasa anda sedang
menangkap gambar. Letakkan kamera supaya cahaya
matahari tidak memancar terus ke dalam kanta.
Imej tidak
dipaparkan.
Kamera ini tak boleh memaparkan imej bukan DCF yang
dirakam pada kad memori menggunakan kamera digital lain.
Imej tidak dapat
diputar.
Harap maklum bahawa anda tidak boleh menyunting jenis syot
kilat berikut.
• Imej panorama
• Syot kilat yang dirakam dengan kamera lain
• Subjek yang diekstrak
Pemadaman Fail
Fail tidak boleh
dipadam.
Fail mungkin dilindungi. Nyahlindung fail (halaman 80).
Lain-lain
Tarikh dan masa
yang salah
dipaparkan, atau
tarikh dan masa
yang salah
disimpan bersama
data imej.
Tetapan tarikh dan masa adalah salah. Tetapkan tarikh dan
masa yang betul (halaman 95).
Mesej yang
dipaparkan adalah
dalam bahasa yang
salah.
Bahasa paparan yang salah telah dipilih. Tukar tetapan
bahasa paparan (halaman 97).
Imej tidak boleh
dipindah melalui
sambungan USB.
1)Kabel USB mungkin tidak disambungkan dengan betul.
Periksa semua sambungan.
2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya.
3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika
anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung
terus dengan port USB komputer.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan