User Manual

92
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Memuatkan kad FlashAir yang tersedia secara komersil dalam kamera membolehkan
imej dilihat dan disalin ke telefon pintar atau komputer melalui sambungan LAN
wayarles.
Untuk maklumat lanjut, lihat arahan yang didatangkan dengan kad.
1. Gunakan komputer atau peranti lain untuk mengkonfigurasi tetapan
kad FlashAir.
Untuk melindungi maklumat peribadi anda, anda disarankan supaya menukar
kata laluan kad FlashAir selepas anda membelinya. Untuk maklumat lanjut,
lihat arahan yang didatangkan dengan kad.
Jika tetapan “Start automatically at boot” (Mula secara automatik semasa but)
kad FlashAir dipilih, sambungan LAN wayarles akan diwujudkan secara
automatik setiap kali kamera dihidupkan.
Jika anda mahu menghidupkan dan mematikan “FlashAir” (halaman 97)
secara manual pada kamera, tukar tetapan kad FlashAir pada “Start with the
control image” (Mulakan dengan imej kawalan).
2. Muatkan kad FlashAir yang dikonfigurasi ke dalam kamera dan rakam
imej yang anda mahu.
Memformat kad FlashAir menggunakan kamera akan memadam fail pada kad
yang diperlukan untuk komunikasi. Untuk butiran mengenai pemformatan, lihat
arahan yang didatangkan dengan kad.
3. Capai kad FlashAir dari telefon pintar atau peranti lain.
Menggunakan Telefon Pintar untuk Memainkan Semula Imej
yang Disimpan pada Kad FlashAir (FlashAir)