User Manual
87
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Peringatan Main Semula Filem
• Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
• Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
– Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”.
– Cuba menaik taraf Windows Media Player ke versi terkini.
– Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada komputer, anda boleh
menggunakan kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk bersambung pada
terminal input video TV atau komputer dan main semula filem menggunakan cara itu.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh
Apabila anda mahu
melakukan ini:
Versi Sistem
Pengendalian
Pasang perisian ini:
Lihat
halaman:
Menyimpan imej pada
Macintosh anda dan
melihatnya di situ
secara manual
OS X Pemasangan tidak diperlukan. 88
Simpan imej pada
Macintosh anda secara
automatik/Urus imej
OS X
Gunakan iPhoto, yang
disertakan tergabung dengan
beberapa produk Macintosh.
–
Mainkan filem OS X
Anda boleh main semula
dengan QuickTime, yang
disertakan tergabung dengan
sistem pengendalian anda.
89