User Manual

78
Dynamic Photo
Dynamic Photo
Kamera ini datang dengan beberapa subjek dalam memori
terbina dalam (“subjek terbina dalam”), yang anda boleh
selitkan ke dalam syot kilat untuk mencipta imej Dynamic
Photo.
Istilah “subjek terbina dalam” merujuk rajah dan karakter
bergerak yang dipraprogram dalam memori terbina
dalam kamera itu.
Gunakan prosedur berikut untuk menyelitkan imej subjek terbina dalam ke dalam
syot kilat.
[p] (MAIN) * [SET] * MENU * Tab “MAIN” * Gambar Dinamik
1. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej latar belakang yang anda
mahu dan kemudian tekan [SET].
Hanya imej yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh digunakan sebagai
imej latar belakang.
Syot kilat yang dirakam dengan kamera ini
Syot kilat dengan nisbah aspek 4:3
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih subjek terbina dalam yang anda
mahu selitkan ke dalam imej dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan butang zum untuk melaraskan saiz subjek dan gunakan [8],
[2], [4], dan [6] untuk melaraskan kedudukannya.
Menyelitkan Subjek Terbina Dalam ke dalam Syot Kilat atau
Filem (Dynamic Photo)
Subjek Terbina Dalam Imej Lain Imej Dynamic Photo