User Manual

49
Menggunakan BEST SHOT
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru
dan jadi lebih menarik.
1. Pilih pemandangan BEST SHOT yang anda mahu gunakan dan
kemudian tekan [SET].
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Selepas anda menekan butang pengatup, mesej “Sedang sibuk... Sila tunggu...”
akan kelihatan pada skrin monitor untuk menunjukkan bahawa rakaman sedang
berjalan. Pastikan kamera tidak bergerak semasa mesej ini dipaparkan. Proses
rakaman mengambil sedikit masa untuk diselesaikan selepas mesej dipaparkan.
Tangkapan gambar imej dinyahdayakan semasa mesej dipaparkan.
Anda tidak boleh melihat hasil sesuatu kesan pada skrin monitor kamera semasa
menyediakan imej.
ART SHOT tidak boleh digunakan bersama ciri berikut.
Pengecaman Muka, Mekap, Penapis Warna, Zum Digital
Menangkap gambar dengan Kesan Artistik (ART SHOT)
Pemandangan Penerangan
Kamera Mainan
Menggelapkan kawasan pinggiran dan menukar rona untuk
menghasilkan kesan kamera mainan.
Fokus Lembut
Mengaburkan fokus keseluruhan untuk menghasilkan kesan
misteri yang lembut.
Tona Lembut
Mengurangkan kontras untuk menghasilkan kesan samar-
samar yang anggun.
Terserlah Meningkatkan ketepuan untuk warna yang lebih ketara.
Sepia Warna sepia digunakan untuk menghasilkan kesan retro.
Monokrom
Meningkatkan kontras untuk menghasilkan kesan cetak
berbintik.
Miniatur
Mengaburkan fokus untuk menjadikan imej kelihatan lebih
kecil daripada asal.
Mata ikan
Kesan lucu seolah-olah gambar diambil menggunakan
kanta mata ikan.
Pilih antara : Kamera Mainan, Fokus Lembut, Tona Lembut, Terserlah, Sepia,
Monokrom, Miniatur, Mata ikan.