User Manual

29
Asas Mula Pantas
Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang
tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej.
Sama ada dalam mod RKM atau mod MAIN, anda boleh
memadam fail dengan hanya menekan [ ] (Padam).
Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal.
Memadam syot kilat audio (halaman 76) memadam syot kilat
dan fail audio.
Anda tidak boleh memadam fail semasa rakaman filem atau
audio sedang berjalan.
Menu padam tidak akan muncul jika anda menekan [ ] (Padam) semasa “Hidup”
dipilih untuk tetapan “Ü Dinyahaktif” kamera (halaman 103). Anda boleh
memadam fail hanya apabila “Mati” dipilih untuk “Ü Dinyahaktif”.
. Untuk memadam satu fail
1. Tekan [ ] (Padam).
2. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga fail
yang anda mahu padam dipaparkan.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam” dan kemudian tekan
[SET].
Untuk memadam fail lain, ulang langkah 2 dan 3.
Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [ ] (Padam).
. Untuk memadam fail tertentu
1. Tekan [ ] (Padam).
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Fail” dan kemudian tekan
[SET].
Ini memaparkan skrin permilihan fail.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan
pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET].
Ini akan memilih kotak semak fail yang sedang dipilih.
4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda
selesai memilih fail, tekan [ ] (Padam).
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET].
Ini memadam fail yang anda pilih.
Untuk keluar daripada operasi padam, tekan [ ] (Padam).
Memadam Syot Kilat dan Filem
[] (Padam)